Bungkusan Berhantu

Akhirnya barang yang ditunggu-tunggu sampai juga. Dalam pukul 6.30 petang semalam, ada motor dok sibuk-sibuk hon depan rumah. Nasib baik terasa nak jenguk bunyi riuh tu. Rupanya motor pos laju. Aku dah tersenyum lebar dah. Gembira!

Memang berhantu barang ni. Dulu masa belajar, setiap kali cuti mesti aku cari. Siap simpan bawah bantal. Kalau ikutkan nak bawak balik kampus, apakan daya bukan aku punya. Pinjam dengan orang je. Sampai lunyai mende tu aku belek.

Ini lah mendenya. Order online je kat Karangkraf Mall sebab tak tahu zaman bila nak pergi kedai buku. Semua orang kat rumah ni pun busy nak ajak berjalan ke kedai buku. Order Khamis lepas, Selasa dah sampai. Katanya 5-7 hari bekerja. OK la tu yang penting buku ni sampai masa ada orang kat rumah.

SEHANGAT ASMARA oleh AISYA SOFEA

Aku dah lama pencen baca novel ni. Sebab bila dah banyak sangat baca, akhirnya akan rasa semua cerita sama je. Dalam banyak-banyak novel yang aku baca, yang ini lah yang paling aku suka sebab dia tak jiwang sangat tapi sangat menyentuh hati. Hmm tu pendapat peribadi aku la. Oleh kerana dramanya sekarang tengah ditayangkan di Astro (aku tengok melalui internet je), aku pun terasa la nak beli untuk buat ‘koleksi barang antik’ aku; iaitu barang yang pernah memberi kesan pada diri aku.

Yeay! Seronok sangat!

Senyap Selamanya

Semalam dok belek-belek suratkhabar, muka depan akhbar tu cerita pasal sorang budak lelaki berumur 3 tahun yang dipercayai dipukul ibunya sampai mati. Haish! Kalau baca cerita macam ni mesti aku rasa semacam. Terbayang kalau anak sendiri yang kena macam tu, konfem tak keruan aku dibuatnya. Baya Aiman je budak tu. Aiman pun 3 tahun jugak tahun ni.

Budak tu anak sulung dari 3 beradik. Bapak dia tentera. Selalu takde kat rumah kalau  tak silap. Alkisahnya, budak tu dikatakan suka menangis dan sangat aktif. Haish! Standard la budak lelaki. Aiman pun macam tu jugak.

Tapi itu tak bermakna dia patut dipukul begitu sekali. Apatah lagi sampai membawa maut!

Pagi dia meninggal tu, mak dia kejut si anak ni bangun. Sebab dah pukul 11 pagi pun tak bangun-bangun lagi. Tapi taknak bangun jugak. Rupanya dah meninggal. Bila hospital bedah siasat, badan budak tu penuh dengan lebam baru dan lama kesan kena pukul dengan penyangkut baju. Terdapat jugak kecederaan otak. Hmm memang sah la ni kena hempas. Budak kecik kalau kena hempas, pendarahan dalam otak, memang meninggal la jawabnya. Mak dia dok pukul dia nak suruh senyap kan, ha sekarang ni dah senyap selamanya. Puas hati tak? Waaa sedih sangat-sangat aku baca cerita ni (kalau tengah pregnant kat Irfan ni mesti dah nangis sampai merah hidung)!

Kenapa dia sanggup buat macam tu ye?

Mungkin la si ibu tu tertekan tahap gaban, atau mungkin lebih besar dari gaban. Ada banyak masalah. Beranak pulak tiap-tiap tahun. Tapi takde rasa kesian ke tengok anak kena pukul sampai lebam? Memang aku tak akan dapat faham. Perasaan belas kasihan tu patut sinonim dengan gelaran ibu pada setiap wanita. Haih~

Aku rasa, kalau tertekan dengar anak menangis, lebih baik ketuk kepala sendiri ke dinding atau ke lantai. Takpun jerit sekuat hati. Well, I did that masa awal-awal bergelar ibu. Ye la masa tu kan takde pengalaman lagi. Memang takde faedah pun, tapi sekurang-kurangnya anak aku tak sakit.

Sampai la bila Aiman dah besar sikit baru la aku dapat idea untuk cuba reverse psychology, why not instead of marah kat Aiman dan rasa tertekan setiap kali dia start crying tantrum dia tu, aku cuba buat dia happy supaya dia tak menangis? Aku pun cuba, dan terbukti bila Aiman happy, dia tak buat perangai, tak menangis, dan sangat mudah diurus. Bahkan kalau dia nak apa-apa dan aku cakap tak boleh pun dia patuh. Padahal selalunya dia menangis kalau tak bagi apa yang dia nak. Bila budak gembira dan tenang, konfem tanpa was-was yang mak dia pun akan gembira dan tenang. Maka aman damai la rumah tu.

Benda ni tak susah pun. Cuma kena berkorban sikit, dan guna otak banyak sikit, dan kena banyak-banyak sabar. Kena control minda supaya tidak memberi reaksi marah secara automatik bila anak menangis, tapi cuba pujuk dan buat dia gembira.

Nafsu marah mesti dikawal dan dididik, bukan diikut.

Aku harap ada pihak yang cukup prihatin untuk memberi bantuan kaunseling dan didikan rohani kepada si ibu ni. Something that her husband should have given.

Tak kira la apa jua punca sampai berlaku macam ni, orang macam si ibu ni patut diberi support.

Wallahu A’lam~

MAKE YOUR BABY HAPPY, THEN YOU WILL BE HAPPY TOO

 

Jangan Melatah Depan Anak Ye~

Hujan pulak di hari ahad yang berbahagia ni. Dapat ke Papa dan Atuk Aiman meracun kat kebun kelapa sawit Atuk? Kitorang sekarang kat Batu Pahat. First roadtrip dengan kereta baru.

Papa paling popular di RnR Ayer Keroh.. Irfan tak puas hati Abang Aiman sibuk kacau daun..

Papa paling popular di RnR Ayer Keroh.. Irfan tak puas hati Abang Aiman sibuk kacau daun..

Next weekend second roadtrip menghala ke Kota Bharu pulak sempena parents aku nak berpindah rumah.

Nak cerita ni, sejak aku bersalinkan Aiman, tak tahu la kenapa jadi lekat tabiat melatah pulak. Tapi takde la kronik. Just “Oh, mak kau!” je. Hehehe. Tapi ia tetap melatah kan. Susah-susah aku ajar diri aku ni untuk tidak melatah sejak kecil dulu, bila jadi mak orang tiba-tiba pulak terlekat tabiat tu.

So ceritanya, pagi tadi waktu aku dok basuh pinggan kat sinki, aku terlepas botol susu irfan yang penuh dengan air. (Nasib baik terlepas dalam sinki kalau tak, tak pasal-pasal nak kena mengelap pulak). Secara automatiknya aku pun terlatah. “Oh, mak kau!” Tidak langsung kusedari bahawa Adam Aiman bin Yasser Helmy ada kat belakang aku masa tu. Tiba-tiba aku dengar ada suara budak kecil mengajuk, “Oh, mak kau!”

Aku pun pusing. Ah sudah! Bila la pulak dia ada kat belakang aku ni. Siap mengajuk pulak dah.

Oh, mak kau!

Oh, mak kau!

Mulai saat itu, aku bertekad untuk tidak melatah lagi.

Irfan yang steady as always~

Irfan yang steady as always~

Sekian, hehehe..

Welcoming the Latest 747!

So happy to welcome the new member of the family!

The best part of all, is the plate number..huhuhu..welcome to the family of 747s~!

Ok cerita yang menarik di sebalik kejayaan membawa pulang ahli keluarga baru ni ke rumah dalam masa hanya tepat-tepat 3 minggu adalah kecekapan jurujual yang terbabit.

Kami bertuah sebab dapat bekerjasama dengan jurujual yang jujur (tak ambil duit sebelum kereta yang dikehendaki dipastikan ada dalam stok) dan efisien. I would really recommend him. Jumaat pertama pergi showroom, Jumaat ketiga dah dapat kereta. Perjanjian dengan bank ditandatangani dan deposit dibayar hanya selepas nombor chassis dah disahkan. Pastu masa nak ambil kereta, dia cek kereta bersama kita satu persatu, pastikan barang semua cukup, dia beri penerangan yang jelas, tangki minyak penuh. Smart tag je takde sebab dah habis stok, tapi digantikan dengan duit. Bagus kan kerja macam tu. Sape-sape nak beli kereta Proton lepas ni boleh la cari dia ye. Encik Mazry dari EraSensa Sdn Bhd Kota Damansara. Boleh masuk website beliau. Kami sekeluarga mendoakan rezeki beliau murah mencurah-curah.

Ini adalah suatu pengalaman membeli kereta yang manis bagi kami setelah melalui pengalaman ‘ngeri’ semasa membeli kereta pertama dulu.

Kereta pertama kami adalah kereta Proton juga. Kami berurusan dengan seorang jurujual wanita berusia lewat 20an atau awal 30an dari pengedar Proton berdekatan Jaya Jusco Taman Maluri, Cheras. Dah la ambil deposit awal, tapi kerjanya sangat lah lambat (waktu tu tengah sangat perlukan kereta, nak balik raya pun sampai terpaksa pinjam kereta orang, nak ulang-alik ofis pun terpaksa pinjam kereta ofis yang entah berapa kali tak boleh start depan kedai runcit dan selalu breakdown kat highway). Bila orang komplen, mula la nak emosi, ‘akak ni single parent la, nak raya la, kesian la sket kat hakak dan anak-anak hakak ni’. Well, rasanya kalau dia bagus dan jujur, isu macam tu tak timbul kot. Tang ambil duit orang cepat je tapi buat kerja lambat. Ingat dia je ke orang susah, kami pun susah jugak! Kesudahannya kami terpaksa berpuas hati dengan Saga SE manual. Padahal order yang automatik. Pastu, masa nak ambil kereta, semua janji yang ditabur hanya tinggal janji. Tangki minyak yang dijanjikan penuh, kosong. Dia cuma hulur RM30 untuk harga minyak. Smart tag takde. Dan macam-macam lagi la. Lebih menyedihkan, lepas dah bayar deposit kat kakak lembab tu, baru kami dapat tahu yang saya ada saudara yang menjual kereta Proton juga, dan dia ada banyak stok Saga SE automatik! Sadis~!

Kesian, dah kena turun pangkat. Dok atas padang je, berhujan pulak tu. Nak wat cane bawah porch dah penuh.

Ada sape-sape berminat nak beli Saga SE ni?

A Tribute to All Mothers

Assalamualaikum

Test test..

Huhu welcome to my new page.. Tah mimpi apa tiba-tiba bangun pagi rasa nak ada blog sendiri (.com). Sebenarnya menunaikan hasrat hati sendiri yang dah sekian lama nak belajar buat laman sesawang (website la maksudnya). So here it is. Berkat sokongan padu dan bantuan teknikal dari suami tersayang maka wujud lah laman spiderman saya ni. 12 tahun lamanya memendam hasrat nak buat laman web sendiri. Tak sempat belajar plus takde cikgu yang sudi ajar. Dah kahwin baru ada cikgu nak ajar. Alhamdulillah~

So kawan-kawanku yang comel yang telah follow blog lama tu (liyanahelmy.wordpress.com), boleh la renew subscription kat sini pulak ye. Terima kaseyy atas kesudian kawan-kawan untuk membaca coret moret rapikan saya ni. Semoga mendapat manfaat.

Malam ni nak cerita ringkas, tentang kasih seorang ibu. Kenapa Rasulullah tekankan suruh taat pada ibu tiga kali baru taat pada ayah ye?

Bila dah jadi ibu, baru saya faham.

Kebetulan petang tadi pun dah berangguk-angguk dengan adik saya pasal ni. Adik saya tu pun baru bergelar ibu.

It has been a crying parade in the house by the two babies; Irfan and Soleh. Tak tahu la kenapa. Asyik nak menangis je. Dah didodoi-dodoi pun menangis jugak.

Yang pasti, bila anak dok menangis tak henti-henti, si ibu jugak yang akan berusaha memujuk sampai si bayi tenang semula. Kalau si anak menangis malam-malam, si ibu jugak la yang bersengkang mata menyusukan anak yang lapar, atau menenteramkan anak yang mengigau. Dibuatnya si anak berjaga malam ajak bermain, si ibu jugakla yang terpaksa bertabah hati melayan atau meneman sampai anak tidur semula, walaupun esok pagi kena bangun awal untuk tugasan penting!

Bukan nak menafikan peranan si ayah, tapi itu lah realitinya. Memang macam tu la realiti yang Allah telah ciptakan.

The powerful maternal instinct.

Tak mampu mendengar tangisan anak, tak mampu melihat anaknya disakiti. Mahu anaknya sentiasa dalam keadaan baik dan gembira, walaupun terpaksa mengorbankan diri sendiri.

Tiada tempat yang lebih nyaman dan damai, selain pelukan ibu. Walau lengan ayah lebih gebu sekalipun, lengan ibu tetap yang terbaik. Sepertimana rahim ibu yang terbaik untuk tinggal selama 9 bulan sebelum dilahirkan.

Justeru, siapa yang akan memeluk ibu? Melindungi ibu? Siapa yang akan memberi kasih sayang kepada ibu?

Jawab la sendiri ye :)