Mama and Irfan’s First Puree

Ingat aku cerita dalam entri sebelum ni yang Irfan dah mengamuk-ngamuk nak makan nasi Abang Aiman? Maka aku pun kirim la kat adik aku Ayuni untuk belikan bahan-bahan yang berkenaan. Dan makanan pertama yang aku pilih untuk diperkenal pada Irfan adalah brokoli.

Fuhh berpeluh-peluh nak buat puri untuk Irfan. Walaupun dah anak kedua, tapi ini adalah pengalaman pertama buat puri bayi. Sebelum ni masa Aiman dulu bagi Farley’s Rusks ataupun Cerelac. Maklum la sebelum ni dok mentelaah Mama aku punya school of thought. Aku dan adik beradik aku semuanya makan Rusks, Cerelac atau bubur nasi sejak 4 bulan lebih bila kami dah tunjuk tanda-tanda nak makan. Mama aku tak pernah la bagi puri Heinz bagai tu sebab takde cop halal Jakim.

Masa aku cerita kat Mama nak suap puri brokoli kat Irfan, Mama ingat aku nak bagi puri yang jual siap kat kedai macam puri Heinz tu. So dia tanya la halal ke? Aku pun cakap yang aku nak buat sendiri. Lebih terjamin halal, bersih dan confirm takde bahan pengawet. Rasa macam canggih la pulak nak buat puri buat sendiri di rumah ni. Hahaha. Maklum la aku tak sepandai Mama aku bab masak memasak ni. So kalau aku berjaya buat sesuatu yang Mama aku tak pernah buat, ni la peluang aku nak rasa canggih sikit. Heheh. *cubaan mengangkat keyakinan diri sendiri*

So lepas puas tengok video sana sini pasal cara nak buat puri, ni la langkahnya lebih kurang.

Mula-mula potong brokoli dalam suku atau setengah pokok. Pastu didihkan air. Masukkan brokoli. Tutup periuk. Tunggu la agak-agak 5-10 minit. Lagi banyak yang direbus lagi lama la tunggu. Kalau nak tahu brokoli dah lembut ke tak, cuba hiris dengan pisau. Kalau pisau boleh lalu tanpa masalah tu maksudnya dah boleh diangkat. Dapat la lebih kurang macam dalam gambar kat bawah ni.

Brokoli direbus atas api

Brokoli direbus atas api

Keluarkan brokoli, masukkan dalam blender. Tak perlu letak air. Blend. (Maafla tang ni takde gambar. Lupa nak amik gambar sebab tak plan pun nak letak dalam blog ni.)

Keluarkan dari blender, masukkan dalam penapis. Jangan lupa letak mangkuk bawah penapis tu. Pastu penyek-penyek brokoli yang dah di blend tu sampai puri dia keluar.

Kenapa kena tapis? Sebab puri yang kita blend tu masih mengandungi ‘habuk’ atau hampas yang belum boleh dicerna oleh perut bayi yang masih terlalu muda. Jadi kita tapis la ye. Baru akan dapat puri yang betul-betul hancur.

Inilah hasilnya.

Tadaaa...!!! Puri Brokoli!

Tadaaa…!!! Puri Brokoli!

Kalau tak tapis, puri tu tak nampak jernih macam ni. Kita akan nampak ada urat-urat brokoli yang halus berwarna hijau tua.

Suap Irfan sesudu tadi, dia buat muka pelik. Flavour baru kan. Sorry la lupa amik gamba lagi hehehe. Tapi bila suap lagi dia beriya makan dan menghisap-hisap sudu. Bukan sebab brokoli tu sedap tapi simply dia punya refleks terhadap benda yang masuk ke mulut. Tapi ok la kan sebab objektif bagi makan sekarang pun bukan nak suruh kenyang tapi untuk perkenalkan flavour makanan. Untuk usia ni dia masih bergantung 100% pada susu ibu lagi.

Kalau nak cari rujukan untuk buat puri bayi, boleh search Youtube Nicko’s Baby Food. Aiman yang jumpa video ni. Video ni bagus.

Takpun boleh masuk laman ni; Homemade Baby Food Puree HOW TO VIDEOS

Contoh meal planner untuk bayi boleh lihat di sini;  You and baby weekly meal planners

Satu lagi; Introducing Solids to Your 6 month to 8 month old Baby

Lepas ni nak buat puri labu pulak! Untuk orang lain Mama buat masak lemak labu ye. Yummy~

6 thoughts on “Mama and Irfan’s First Puree

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>