Untuk tatapan Pakcik Makcik

Sebenarnya nak post malam tadi tapi tak sempat.

Khusus untuk Papa Qim di Mesir, dan Pakcik Makcik sekalian yang lama tak tengok kami.

Inilah aktivti kami sehari-hari dan semalam-malam.

Aiman and Papa reading The Three Billy Goats Gruff

Aiman and Papa reading The Three Billy Goats Gruff

Bila tiba-tiba Abang Aiman jadi rajin, dia pun ambil lama mana-mana buku cerita yang dia rasa nak baca. Pastu duduk dengan Papa atau Mama. Kononnya bedtime story, tapi tak tidur-tidur jugak. Siap baca “Billy Goats Gruff“, dia ambil ensiklopedia “Planes” dan “Planets and Stars” pulak baca. Dah setel membaca, ambil kotak blocks dan bina train tracks pulak. Baru je sejam yang lalu tolong Mama kemas, dia dah sepah semula.

Adik Irfan pulak tengah buat apa?

Irfan and his doughnuts

Irfan and his doughnuts

Busy main doughnuts yang beraneka warna dan haiwan-haiwan di kaki Papa. Jambul dah tak berapa nampak. Kadang-kadang jambul Irfan jatuh sebab jambul tu dah makin tinggi dah tak larat nak berdiri sendiri. Sekarang dah pandai menggenggam mainan dan masukkan dalam mulut. Somehow, lepas tu kalau tengok betul-betul dapat la tengok rupa-rupanya bukan mainan tapi ibu jari dia yang duduk dalam mulut..chot chot chot~

 

Selamat Hari Lahir, Farah~!

Hari ni, 25 Februari 2013, genaplah 29 tahun umurnya, sahabatku yang sangat rapat denganku. Selamat Hari Lahir! Semoga sentiasa di bawah naungan Rahmat Allah. Dah lama kita tak jumpa kan.

Perkenalan kami bermula sewaktu di Pusat Matrikulasi UIA, Petaling Jaya. Tahun 2003 kot masa tu (wah dah 10 tahun rupanya!). Kami sekelas masa Semester 2 Tahun 1 kursus Kejuruteraan di Department of Sciences. Bila aku menziarah bilik kawan aku, Wan Faezah, jumpa lagi dia. Masa mula-mula kenal, aku selalu irritated dengan dia. Sebab bila aku SMS, dia suka reply dengan satu huruf je, “k”. Ish membazir kredit betul. Alang-alang dah kena bayar 10 sen, taip la panjang-panjang sikit. Tak aci la aku taip panjang-panjang dia reply satu huruf je. 😛

Bila masuk Tahun 2, dah selalu sangat jumpa, lama-lama jadi rapat. Aku selalu ‘beli kredit’ dengan dia bila aku kena denda tak boleh guna handphone oleh Papa aku. Nak buat macam mana dah Papa aku yang bayarkan bil. Selalu kena cek bil. Kalau asyik kontek kawan sampai lupa kontek family sendiri, itu yang kena denda tu. Huhuhu..old times.

Kami juga selalu berlari-lari lepas kelas hari Selasa (kelas selalu habis lambat!) untuk pergi beli char kuey teow kat pasar malam sebelum pak guard tutup pagar.

Hari Rabu pulak, kami akan berjalan dari Khadijah College (KC) ke Fatimah Azzahra College (FZ..rasanya sekarang dah jadi UKC II kot) semata-mata untuk makan kuey teow goreng sedap dan jus oren di Ruby’s Cafe (tak tahu la ada lagi ke tak sekarang ni). Pakcik kafe tu suka bercakap dengan dia sampai tak nampak aku kat sebelah ni. Ceh! Ape aku ni tak comel ke? Hahaha!

Bila masuk Gombak, dalam ramai-ramai kawan kitorang, aku dengan dia je yang sama sekolej, Mahallah Asma’. Orang lain semua kena campak kat Mahallah Maryam la, Hafsa la. Alhamdulillah dapat sebilik dengan dia.

Kami masuk ke UIA Gombak waktu Semester 3 (also known as short semester). Ambil 2 subjek je. So kami pilih Engineering Drawing dan Statics. Aku blur betul belajar drawing dan dia pulak sangat terer drawing sebab dia asalnya aliran teknikal masa kat sekolah menengah. So bila aku blur aku tanya dia, dan dia akan ajar aku dengan garangnya sebab aku lambat pikap. Huhuhu! Dan aku ‘balas dendam’ bila dia tak faham Statics, sebab aku lagi terer Statics dari dia muahahaha!

Hujung Semester 3, kami buat jadual sama-sama untuk semester berikutnya, semua kelas sama. Bilik pun sama. Best betul!

Tapi bila tiba semester baru, aku sorang je yang attend. Dia masuk hospital pulak. Demam. Berpanjangan pulak tu. Darahnya dijangkiti kuman Salmonella yang terdapat dalam air di UIA. Setiap hari aku tunggu dia datang, sebab aku bosan dan sunyi sorang-sorang. Takde geng. Tunggu punya tunggu, dia tak datang-datang jugak.

Bila dia tak datang-datang, makin lama, aku pun makin rapat dengan room mate aku yang sorang lagi, Aza.

Sampai la ke pertengahan semester tu, satu hari dia call, cakap nak datang ambil barang-barang dia. Sebab dia nak ambil cuti untuk semester tu. Sebab demam dia tak baik-baik. Aku pun masa tu dah takde perasaan, sebab tunggu dia lama sangat. Dan aku pun tak sedar yang masa tu, kekosongan yang ditinggalkan oleh dia dah terisi oleh Aza.

Bila dia datang dengan adik dia, aku pun sambut dia. Tapi rasa macam jauh. Sebelum dia pulang, aku sempat pesan pada dia supaya bayar hutang pada kawan-kawan kitorang sebelum dia balik. Sebab aku rasa lambat lagi akan dapat jumpa balik. So dia suruh adik dia tolong bayarkan semua hutang dia. Dan dia pun pulang.

Demi Allah, itulah kali terakhir kami bertemu.

6 Jun 2005

Aku mendapat panggilan dari suatu nombor yang tidak dikenali sewaktu dalam perjalanan mengambil adikku pulang dari sekolah. Kebetulan berhenti di lampu isyarat merah. Aku jawab panggilan tu. Suara seorang lelaki memberi salam, beliau perkenalkan diri sebagai bapa kawanku itu. Suaranya sangat sedih. “Izyan ke ni? Farah..dia dah takde”.

Aku menggeletar. Setibanya di sekolah adikku, adikku masuk ke dalam kereta. Aku cuba berlagak steady, tapi tak lama, air mataku mengalir juga. Hujan lebat!

Petang itu aku menelefon ibunya (aku memang dah biasa dengan family dia). Tabah sungguh ibu itu. Sebelum ni, anak sulungnya meninggal dunia. Pada hari itu, anak keduanya pula meninggal.

Menurut ibunya, dia meninggal dunia apabila kuman Salmonella itu masuk ke dalam jantung dan paru-paru dia. Dia menghembuskan nafas terakhir dalam emergency room, dikelilingi oleh doktor dan jururawat yang bertungkus lumus berusaha menyelamatkannya. Keluarganya hanya mampu menunggu di luar bilik.

Malam itu, adiknya menelefon aku pula. Jenazah akan dibawa dari HUKM Cheras untuk dikebumikan di kampung halaman keluarga di Baling pada malam itu juga. Aku menangis lagi. Amat sedih kerana tidak dapat menatapnya untuk kali terakhir.

Surprise visit di wad HUKM bersama Faza, Farhana dan Aza (tukang ambil gambar)

Mid 2004: Surprise visit di wad HUKM bersama Faza, Farhana dan Aza (tukang ambil gambar)
Dari kiri: Faza, Farah, aku, Farhana
Belakang kamera: Aza

Memori bersamanya masih bermain dalam mindaku. Setiap kali birthday dan ulangtahun pemergian arwah, aku pasti akan menangis. Tak tahu kenapa, tapi persahabatan yang singkat bersamanya sangat terkesan dihati aku. Mungkin sebab semasa di matrik, aku pernah target untuk membuatnya gembira supaya dia bebas terus dari penyakit SLE yang dihidapi. Dan alhamdulillah misi aku berjaya. Tapi Allah sebaik perancang, dan Allah lebih mengetahui. Persekitaran di Gombak menjadi punca relapse, yang membawa kepada ajalnya dalam tempoh tak sampai setahun.Dan semasa aku berpesan kepadanya supaya membayar hutang, aku tidak langsung bermaksud yang dia tidak akan pulang-pulang lagi ke UIA! Waa nangis laju-laju!

Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh, dan semoga Allah memberinya darjat yang tinggi atas ketabahannya dan kesabarannya menghadapi SLE. Semoga Allahyarham menjadi saham ibubapanya untuk ke syurga. Amin~