Irfan, Eczema, Rhinitis dan Berpantang Makan

Sejak dua tiga hari ni, takleh nak fikir benda lain dalam kepala otak ni selain Irfan, eczema, rhinitis dan berpantang makan. Semuanya sebab tengok Irfan suka menggaru-garu leher dia. Irfan dah 2 bulan ada eczema, tapi selalunya aku tak risau sangat sebab tak banyak pun. Kat leher sikit, pipi sikit, belakang sikit dan celah siku. Tapi yang aku tak puas hati lately is bila tengok area-area tu sume kejap ok kejap merah sangat, kejap ok kejap menggaru-garu. Susah hati aku dibuatnya sampai tak boleh nak fikir benda lain.

Campur jugak dengan rasa bersalah sebab aku baru terbaca yang eczema boleh jadi makin teruk bila bayi minum susu ibu yang mengandungi alergen yang berkenaan. Dan aku baru lepas bedal 3 biji telur sehari (telur dadar) selama beberapa hari.

Kalau korang tak tahu, eczema ni sebab utamanya adalah alahan, dan ia boleh diwarisi secara genetik terutamanya jika ibubapa pernah mengalami eczema. Also known as atopic dermatitis (AD), kalau ibubapa yang ada rhinitis pun boleh menyebabkan anak kena eczema. Dan aku ni memang sah-sah la ada allergy rhinitis, dan sinusitis. Bahkan aku pernah masuk hospital kerana sinusitis yang menyebabkan aku sakit kepala yang amat (ramai orang ingat dia ada migrain tapi sebenarnya dia ada sinusitis). Kepala aku masuk mesin CT Scan sebab doktor nak tengok area sinus aku yang dijangkiti kuman tu. Sebagai rawatan, doktor masukkan antibiotik Augmentin melalui drip. Bukan aku je, Papa Irfan pun ada gak unsur-unsur resdung. Pagi-pagi asyik bersin je. Hmm kesian Irfan. Syukur Aiman ok takde masalah apa-apa.

Kerana kasihan tengok Irfan merah-merah pipi tu, maka aku telah ‘berikrar’ untuk buat sesuatu yang mustahil aku akan buat sebelum ni. Iaitu meninggalkan makanan-makan alergen yang kesemuanya merupakan makanan kesukaan aku; iaitu telur dan udang. Dan mengelakkan makanan lain yang berkemungkinan. Waaa dugaan tu. Dulu aku sanggup makan jugak dan sanggup menggaru hidung aku yang akan jadi sangat gatal bila makan, tapi tak sangka demi Irfan akhirnya aku korbankan jua! Sabar je la..

Selain berpantang makan, nampaknya aku kena tukar jenama toilettries yang digunakan oleh Irfan. Kena duduk bersila kat Giant la lepas ni pilih betul-betul produk yang takde kandungan Sodium Laureth Sulphate (SLS). SLS ni la yang bertanggungjawab hasilkan buih dalam semua detergen, sabun mandi dan shampu yang kita guna tu. Sangat tak bagus untuk kita sebenarnya. Dah lama aku tahu benda ni tapi demi Irfan juga, baru aku nak bertindak. Selama ni aku buat dek je. :( Setakat hari ni, aku dengar jenama MooGoo, Buds dan Tropika yang banyak orang guna untuk eczema. Nak kena research lagi ni untuk tahu pasal produk-produk jenama ni semua.

Aku pun ada terbaca yang cara nak jaga pesakit eczema ni adalah dengan moisturize, moisturize, moisturize! Boleh guna ointment untuk pesakit eczema atau sapu petroleum jelly (vaseline). Tapi jangan la guna ubat yang klinik bagi, terutamanya yang ada steroid. Sebab steroid dalam krim tu akan menyebabkan ketagihan dan banyak side effect lain. Bahkan krim aqueos yang hospital bagi pun tak berapa baik untuk jangka masa panjang kerana ia menghakis lapisan yang sepatutnya melindungi kulit. Boleh rujuk artikel dr zubaidi tentang aqueos cream tu di sini.

Kalau boleh, nak supaya hilang terus semua eczema tu dan nak tengok semula kulit Irfan licin gebu macam dulu.

:(

Hmm tu bunyi suara Irfan dok ‘menyanyi’ dari dalam bilik tu, baru bangun la tu..

*UPDATE*

Nak tambah tips dari my junior, sis Ida Suhana. Since dia komen dalam facebook, so nak tak nak, paste kan screenshot je la kat sini ye. Semoga bermanfaat :)

Screen Shot 2013-02-21 at 4.02.13 PM

 

17 thoughts on “Irfan, Eczema, Rhinitis dan Berpantang Makan

  1. Yan, ank buah sy pn pernah kne eczema yg serius sgt. Dua2 belah pipi affected. Now dah sembuh. My sis kata dia guna ubat hkl bg, biasanya cream pelembab spt vaselin dan ubt sapu nama hidrocortison.

  2. bb dear! terharu plok tgk awk kat sinih. maklum la jarang sgt tgk awk hapdet fb. dan jarang dpt borak2 dgn awk..

    hydrocortisone memang la terus hilang awk, sebab dia adalah steroid. saya kalu bule nak avoid la ubat steroid ni sebab silap2 bule addiction. contohnya kalau dah slalu sapu steroid kat situ kan, nanti lepas tu kalu berhenti sapu nanti tempat tu jadi makin teruk. bahkan akan wujud another layer of steroid eczema pulak. kalu bule sy nak resort tu alternative healing la. lagipun ubat hospital ni selalunya dia cover eczema tu tapi tak solve the actual problem iaitu alahan pada certain allergens :)

  3. aih penat taip..dh 2x kot komen kat sini tp bila send keluar error…kene copy siap2 nih…hehe

    selain dr makanan, check juga samada irfan alah pada dust mites…kalau alah pada debu hama maknanya hari2 kene mop rumah, hari2 kene tukar cadar la…sofa2 and segala karpet yg perangkap debu tu kene simpan dlm store ler…ehehe

    irfan dh 6bulan ke belum? kalau dh boleh bg vco atau olivenol tuk burst dia punya imun badan…untuk toiletries dia pakai yg xde chemical…

  4. erk! hari2 kena mop? tuka cada? waaaa!!! sy mmg suspect dia alah pd mites dan debu sbb bila dia tdo meniarap lps tu pp dia musti merah.

    vco/olivenol tu bg makan ek?

  5. haha…itu la yg sepatutnya…mungkin boleh excuse untuk 2-3 hari sekali atau seminggu sekali? k.noen dapat buat semua tu seminggu sekali jer…huhu

    yup vco/olivenol tu bg makan…boleh letak dlm bubur/puree/jus ataupun bg mcm bg ubat tu…kalau alya k.noen bg ngan sudu gitu jer

  6. Skrg ni pun sy basuh seminggu skali.. Towel, cadar, blanket sume basuh seminggu skali.

    Hmm baik bagi dgn sudu la kan kalu gitu? At least dia x confuse rasa puree tu..baeekkk nanti bule try..arini sy try sapu krim gamat yg dh memang ada kt rumah, nampak mcm ok..nanti nk try kt anak saudara saya plak jadi ke x..eczema anak sedara saya tu teruk sikit dari irfan..

  7. adik saya ayuni tu ckp, basically kalu perkataan yg hujung “…one” tu selalunya steroid la..

    anak saudara awak tu kena masa baby je ke atau skrg pun masih kena?

  8. Assalamualaikum, Izyan. Nini nih, long time no see.. Hana pun eczema, skg 10 bulan. Baru ni refer kt Eczema Clinic Royal Children Hospital Melbourne, wat allergy test. Rupenye
    allergy telur dan kacang. Masa test tu ade check dustmite juge, alhamdulillah xalergik. They recommend Cetaphil cream, baby bath. Mcm2 experiment dah buat, keep on experimenting, ikhtiar, x give up.. I feel u.. InsyaAllah biiznillah, take care :)

  9. Waalaikumussalam Nini. Aah lama sangat2 xjumpa tp masih ingat. Hmm should i check Irfan kat hospital jugak and get him tested? Yang reluctant sgt nak gi hospital or klinik tu sebab they always recommend steroid which i dont want. :)

  10. Sy jumpe specialist as so called ‘last resort/ desperate’, lepas buat macam2 experimen.. Berbotol lotion ubat sapu, allergen soap free detergent, air purifier, bersih rumah, pasang air cond bagi sejuk rumah.. Mystery solved after buat allergy test.. Genetic factor dari grandparent rupenye.. Isu steroid cream tu, very low concentration, pakai pun very thin layer, pakai bila perlu. Dr prescribe, tp sy xbeli pun, reserve as last resort 😉 Sy guna cream, moisturise tahan lama drp lotion, reapply 3-4 kali sehari satu badan coz udara sini kering. Sekarang eczema more manageable, bila sy pantang telur kacang nampak kurang ruam. Mystery solved, more manageable, jadi sy pun kurang pening laa ;D I have a friend kat msia kata bawa anak eczema jumpa dermatologist, tapi dr xwat allergy/skin prick test pun.. I see why not insist on doing the test. Maybe a bit costly to do the test, maybe xalergik apa2.. It is an option, terpulanglah. All the best :)

  11. emm i read somewhere ada org tu cakap kalau nak wat test patut jumpa immunologist, not dermatologist. after reading ur comment ni, dok borak dgn hubby baru perasan yg mmg belah papa irfan ni ada allergy or asthma. both are related. so tak pelik la irfan boleh kena eczema. syukur la tak teruk sgt banding dgn kazen dia but still kesian tgk dia dok garu2 especially malam2. might consider your suggestion sebab skrg ni dok try sapu gamat kan, memang ruam2 tu nampak hilang but i think the real problem is still not solved. so best is to do skin test. anyway terima kasih sgt for ur suggestion and story! sangat berguna utk saya 😀

  12. Thank you kat awak juge, for having the courage to share your sunny, rainy even stormy days especially about motherhood in this blog. My midwife said, being a mum is the toughest job in the world. So please keep on writing :)

  13. In sya allah akan terus menulis.. bcoz that’s how i destress and that’s the easiest way to organize things in my head. Being a housewife, kalau xmenulis otak rasa macam frozen hahaha.. thanx for ur support nini..! lagi bersemangat rasanya..

  14. Bila Dahlia admitted ht HTAR doktor pun tanya kenapa pipi Dahlia. Akak bg tau eczema. Mlm tu juga dpt Aqueous cream tp akak simpan…akak sapukan isb moogoo cream jer. Bila doktor tanya akak main angguk jer. Malas nak argue ngan doktor

  15. tak semua doktor tahu aqueous cream tu tak bagus kan. walau ia bukan steroid, tak semestinya ia baik utk kita, apatah lagi kalau ia steroid..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>