All About Irfan~

Malam ni rasa nak cerita pasal Irfan la. Sejak dua tiga hari ni, ada macam-macam berlaku. Semuanya tentang Irfan.

KISAH 1

Di keheningan malam Sabtu yang lalu, aku tidurkan Irfan macam biasa, susukan dia sambil baring sampai terlelap. Tapi sejak malam sebelum tu, dia asyik nak tidur atas katil aku instead of tidur atas katil dia sendiri macam selalu. So bila dia merengek-rengek tu, aku pun alihkan sikit dia ke katil aku. Katil aku dengan katil dia bersambung je. Oleh kerana dia tidur atas katil aku, aku pun tak tahu la kenapa..aku gi masuk tidur dalam katil dia.  Aiman pulak tidur sebelah Irfan. Maka lena lah kami bertiga.

Tak tahu la berapa lama aku terlelap, tiba-tiba aku dikejutkan oleh tangisan Irfan yang kuat. Ish selalunya dia merengek-rengek je kalau lapar nak susu. Aku bukak mata, tengok dia takde sebelah aku. Alamak! Mana dia??? Suara tangisan dekat je macam dia kat…

Aku jenguk ke bawah katil. ALLAH!!!

Nampak budak gemuk tu menangis terbaring atas lantai.

Macam mana boleh jatuh ke bawah ni? Aduuu..aku terlalai la pulak. Selalunya dia tidur dalam katil dia sendiri, so tak kira la macam mana dia golek pun, dia tak jatuh. Silap aku, kali ni dia tidur tempat aku, si bila dia golek dan golek dan golek, maka dummm! Ke bawah katil la perginya.

Cepat-cepat aku turun katil dan angkat dia. Papa Irfan yang tengah buat kerja kat luar bilik pun cepat-cepat datang tengok. Katanya dengar bunyi kerusi bergerak diikuti suara Irfan. Alahai, kesian Irfan. Maknanya, dia jatuh dari atas katil, terlanggar kerusi dressing table, dan jatuh ke atas lantai.

Aku belek-belek badan dia. Tak nampak kesan lebam atau luka. Laa patut la, dalam gelap. Belek-belek badan dia macam takde apa-apa, aku pun peluk dia dan pujuk dia sampai la dia terlena semula.

Keesokannya, masa mandikan dia baru perasan, kat kepala dia ada luka calar. Agaknya kena kerusi dressing table tu tak. Kesian Irfan.

Tapi bila teringat rupa dia masa terbaring atas lantai tu aku tergelak jugak. Sebab nampak sangat comel si tembam tu dok menangis terbaring macam tu. Ish apa la aku ni.

KISAH 2

Kisah ni berlaku Isnin lepas. Aku duduk di sebelah Irfan di atas toto depan tv, sambil pegang makanan tengahari untuk Aiman. Aku letak nasi atas toto, betul-betul sebelah Irfan. Dia tengok dengan mata bulat ke dalam mangkuk nasi Aiman. I mean KE DALAM, ok. Pastu dia jerit. Ok sesetengah orang mungkin tak akan percaya, tapi hakikatnya adalah, seorang ibu boleh faham bahasa dan maksud di sebalik bunyi yang dikeluarkan oleh anaknya. Bunyi tangisan yang kedengaran sama di telinga orang lain, mempunyai maksud yang berlainan di telinga si ibu, bergantung kepada apa yang bayi tu perlukan. Kalau menangis lapar bunyi lain, menangis sebab mengantuk bunyi lain, menangis nak kan teman pun bunyi lain.

So jeritan Irfan pada waktu itu membawa maksud, “Mama, mana makanan untuk Irfan! Irfan nak makan jugak!”

Sekali aku suap Aiman, sekali dia jerit. Dengan muka tak puas hati lagi. Memang riuh! Hmm Irfan memang dah pandai ekspresi diri.

Aku pun bangun, ambilkan biskut Farley’s Rusks untuk dia. Seriously, sekejap je habis! Aiman kecik dulu, aku suap apa-apa pun tak pernah habis. Tapi suap kat Irfan ni tak pernah tak habis. Kecuali masa pertama kali suap dia makan kat rumah Siti. Elok je sampai suapan terakhir tu, dia terlelap. Dah memang mengantuk agaknya.Hahaha.

Sejujurnya Mama belum bersedia nak perkenalkan solid food pada Irfan.

Tak tahu nak suap apa, walaupun baca macam-macam resepi dan tengok macam-macam video penyediaan makanan bayi.

Sape-sape yang baca ni, tolong kasi idea, apakah makanan pertama yang korang introduce kat baby korang?

Bukan apa, compared to Aiman dulu, Irfan ni kadang-kadang apa yang disuap, dia luah balik. Air liur sendiri pun boleh tersedak. Dia lambat sikit pandai menelan berbanding abangnya. So aku agak risau nak suap sebelum masuk 6 bulan, walaupun rasanya Irfan dah lebih dari bersedia untuk makan, dan papanya pun dah lebih dari bersedia nak suap macam-macam.

IMG_0037

Adel Irfan.. 5 bulan

IMG_2663

Mama dan Irfan..outing