Anak Positif

Beberapa hari yang lalu, aku terbaca lanjutan status PDRM dalam Facebook berkenaan kes kanak-kanak 3 tahun yang meninggal dunia disyaki didera ibunya tu. Kes ni aku pernah cerita dalam posting aku yang lepas. Lepas dibedah siasat, kanak-kanak ni didapati telah hilang berat secara mendadak dari 11kg ke 8 kg. Kanak-kanak seusianya sepatutnya berat 15kg. Haih aku rasa bagai diruntun jiwa ni mendengar kisah macam tu. Semoga ibubapanya diberi balasan yang setimpal. No child deserve to be treated that way. :(

Aiman masa kecil pun selalu menangis. Elok-elok bergelak ketawa dengan Papa atau Mama, tiba-tiba nak menangis. Tak tahu kenapa. Selalunya anak kecil ni menangis kalau dia rasa insecure, ada sesuatu yang dia risaukan, atau takutkan. Tapi akhir-akhir ni, terutamanya sejak masuk tahun 2013 ni, aku nampak perubahan mendadak pada diri dia. Dia dah kurang menangis, dan kalau nak menangis pun, dia tak jadi menangis. Bila bangun dari tidur pun dah kurang menangis. Kalau nak apa-apa je kadang-kadang dia terbawa-bawa perangai lama dan menangis tapi bila aku tunjuk muka kurang senang, dia tak jadi menangis. Apa pun, kebanyakan masanya memang dah tak menangis.

Dia juga nampak semakin bijak, semakin peka dan cepat menangkap apa saja yang berada disekitarnya. Mungkin juga sebab peningkatan usia, tetapi aku rasa, ia ada juga kena mengena dengan cara kami melayannya.

Sejak akhir-akhir ni, aku dan Papanya cuba untuk tidak lagi naik angin bila dia menangis, tetapi cuba untuk mengajarnya meluahkan dengan betul apa yang dia rasakan, mahukan, atau perlukan. “Jangan menangis, tapi cakap elok-elok apa yang Aiman nak”. Itulah ayat yang selalu aku ulang pada Aiman. Ia tidak dapat dilakukan dalam masa sehari, tapi Alhamdulillah, hasilnya semakin kelihatan. Lebih ketara lagi, Aiman nampak semakin ceria, kerana dia sudah mula belajar untuk meluahkan fikirannya dan perasaannya, justeru dia tidak lagi memendam rasa. Memendam rasa adalah kurang sihat, kerana ia boleh menjadi racun di kemudian hari.

Jangan ‘underestimate‘ kanak-kanak tau. Walaupun dia masih kecil, tapi dia sudah mampu berfikir, dan peka dengan apa yang berlaku disekelilingnya. Kalau kita ajar dia jadi positif, In Sya Allah dia akan membesar sebagai seorang yang positif. And vice versa. Mengajar anak untuk meluahkan dengan cara yang betul apa yang dia fikir dan rasa adalah suatu cara membentuk minda dan emosi anak. Bila dah ajar anak untuk jadi ekspresif, kita sebagai ibubapa pun kena la berfikiran terbuka untuk cuba memahami dan menerima apa yang dia cakap, dan kemudiannya memberi respon yang sesuai.

Bercakap pasal memberi respon, aku selalu ada masalah nak bagi respon pada Aiman. Dia rajin bercerita pada aku. Dalam sehari, berpuluh kali dia panggil Mama. Kemudian dia akan bercerita panjang lebar apa yang dia sedang fikir. Tapi kadang-kadang, aku tak berapa faham apa yang dia nak sampaikan. Jadi nak tak nak, aku cuma mampu tersenyum pada dia, dan mengangguk-angguk. Well, he seemed satisfied with that. Untuk pengetahuan korang, aku sedang giat melatih Aiman to string a sentence correctly, dan membetulkan syllables yang selalunya terbalik dari yang sepatutnya, terutamanya dalam Bahasa Inggeris. Contohnya, perkataan coklat tu selalu dia sebut chlocate (cloket) instead of chocolate. Seronok, dan kelakar kadang-kadang dengan keletah dia. Yang paling penting, bila dia rasa gembira dan ceria, mengajar dia menjadi sangat mudah!

Jangan lupa juga, kalau bercakap dengan anak-anak tu, lemah lembut la sikit. Kalau orang cakap kasar dengan kita, kita suka tak? Mesti tak suka kan? Apatah lagi kalau yang kasar tu adalah ibubapa kita. Oleh itu, kita kena la ajar anak kita untuk bercakap dengan lemah lembut, bersopan dan menggunakan intonasi dan tutur kata yang sedap didengar. Logik la kan.

So, by the end of the day, kalau kita layan anak kita dengan lemah lembut, penuh kasih sayang, selayaknya sebagai seorang kanak-kanak yang patut dibelai dan disayangi, In Sya Allah kita akan dapat lihat anak kita tu membesar dengan lebih cerdas dan lebih pintar. Jangan kedekut kasih sayang dengan anak ok!

 

2 thoughts on “Anak Positif

  1. haha…aiman cakap terbalik…
    alya pun sama dulu selalu cakap terbalik “alya baju, alya suar, etc” tp sekarang dh ok dah…banyak dh yg betul :)

  2. hahaha sama kan! saya skrg ni tgh berfikir2 nak toilet train aiman, sebab tgk kak noen dah settle toilet train alya sampai dah tak perlu pakai diapers lg. so aritu saya tanya kat aiman, nak tak kita tak payah pakai cawat, bila nak wiwi kita masuk tandas..terus dia jawab taknak..hahaha so xdapat la..nanti la bila dia dah bersedia 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>