Cerita ‘Tahun Baru Cina’Ku

Assalamualaikum

Apa khabar semua orang lepas bercuti panjang sempena perayaan Tahun Baru Cina? Beruntung la kita di Malaysia ni, tak sambut sesuatu perayaan tu pun tetap dapat cuti jugak. Memang seronok. Alhamdulillah juga sempena cuti Tahun Baru Cina yang panjang ni, aku dan adik-adik bersama keluarga masing-masing dapat pulang ke Kota Bharu untuk membantu Papa dan Mama berpindah rumah. Seronok dapat berkumpul satu keluarga, cuma tetap terasa kurang seorang iaitu Mustaqim yang sedang belajar di Mesir. Rugi Aqim takde, meriah tau! Rumah meriah dan gamat dengan suara 4 orang cucu lelaki yang riuh dengan keletah masing-maing. Jom layan gambar-gambar mereka 😀

Abang Aiman bersama Adik-adik Murid

Abang Aiman bersama Adik-adik Murid

Dalam gambar ni, kesemua bayi yang sedang meniarap tu sedang memakai romper yang dihadiahkan oleh Siti (nenek diorang)! 😀 Bukan main lagi Abang Aiman melayan keletah adik-adik kecil. Sampailah kesemua baby tertidur keletihan. Penat la tu belajar.

Tertidur keletihan lepas belajar

Tertidur keletihan lepas belajar..dari kiri: Irfan, Hakeem, Soleh

Kalau korang masih ingat posting sebelum ni yang cerita pasal kelahiran tiga baby dalam keluarga aku tahun lepas, ni la dia. Hakeem lagi 2 hari masuk 6 bulan, Irfan dah masuk 5 bulan dan Soleh dah 3 bulan. Kalau selalunya Irfan yang penyek Soleh, kali ni giliran Irfan pulak dipenyek oleh Hakeem. Sebab Hakeem dah terer berguling-guling dan sekarang busy menyondol-nyondol orang sebab tengah training nak merangkak dan duduk. Irfan pulak masih maintain meniarap dengan gaya ‘I can fly!’. Soleh pulak belum mula meniarap lagi.

Dah macam lauk bawah tudung saji pulak.. Kena tutup sebab banyak nyamuk

Dah macam lauk bawah tudung saji pulak.. Kena tutup sebab banyak nyamuk

Belajar lagi~

Belajar lagi masa orang dewasa sibuk punggah barang naik ke lori..good boys 😀 ~

Gambar di bawah ni adalah gambar rumah parents aku. Rumah ni asalnya rumah arwah nenda aku yang dibina masa zaman Jepun lagi pastu diubahsuai oleh parents aku. Dah macam muzium rupanya. Kalau korang pergi jalan-jalan ke KB, kat tengah-tengah bandar tu nanti akan jumpa la rumah ni. Betul-betul menghadap Masjid Muhammadi dan sangat dekat dengan pintu gerbang Al-Qur’an trademark negeri Kelantan tu. Kitorang satu keluarga dah tinggal kat rumah ni sejak pertengahan 1999. Banyak la jugak memori kat rumah ni.

Hari terakhir di rumah yang penuh memori..

Hari terakhir di rumah yang penuh memori..

Memori paling best adalah pada suatu malam di musim tengkujuh, hujan turun tak berhenti dan angin bertiup kencang. Sedang aku sedap-sedap tidur, tiba-tiba rasa basah seolah-olah aku tidur kat tengah hujan. Aku hairan la kan. Rupa-rupanya sekeping bumbung rumah dah terbuka menanti masa untuk tertanggal! Aku pun cepat-cepat kejut adik aku Ayuni yang tidur katil bawah aku. Elok je lepas tu bumbung tu terbang terus! Cepat-cepat aku tarik tilam aku. Hujan mencurah-curah masuk ke dalam bilik aku macam air terjun. Maka malam itu, aku dan Ayu terpaksa la berkhemah di ruang tamu bertemankan nyamuk. Huhuhu..duduk rumah kayu baru dapat rasa pengalaman macam tu tau! Nasib baik la sempat alih tilam. Bilik aku memang banjir dah. Yang bagusnya duduk rumah kayu ni, lantai dia tak rapat sangat. Jadi air boleh mengalir ke bawah rumah. Tak sempat la air nak bertakung dalam bilik aku. Dan lebih mujur lagi sebab hujan tu cuma kat kawasan katil dan tak menimpa kawasan meja belajar yang penuh dengan buku-buku aku dan tak menimpa almari baju. Kalau tak, tak tahu la macam mana nak keringkan buku dan baju tu semua, sebab hujan memang turun tanpa henti selama berhari-hari!

Pastu, kitorang pernah jugak raya time musim tengkujuh. Cuba la bayangkan macam mana. Huhuhu. Kawasan rumah habis ditenggelami air paras betis. Tetamu nak naik atas rumah kena berpijak atas pelantar dari pagar ke tangga rumah. How cool is that? Huhuhu..

Walau bagaimanapun, tetap seronok tinggal di rumah ni. Walaupun bocor sana-sini, banyak nyamuk. Duduk rumah kayu sangat seronok.

Dan di rumah ni juga la aku belajar untuk tidak melengahkan solat Isyak. Ada suatu ketika, aku selalu mengantuk awal, dan akhirnya tertidur sebelum menunaikan solat Isyak. Dah dekat waktu Subuh baru aku bangun solat Isyak. Terus tunggu azan Subuh dan solat Subuh terus. Ceritanya pada suatu hening Subuh, aku bangun awal macam biasa untuk bersolat Isyak. Sedang aku bersujud dalam rakaat kedua, tiba-tiba pintu bilik solat terhempas kuat! Aku terkejut dalam sujud. Perlahan-lahan aku bangun. Takut gila tak dapat nak bayangkan lembaga apa yang aku akan nampak. Tapi bila aku bangun, pintu masih terbuka sebagaimana sebelumnya. Huhu sejak tu aku taubat dah tak nak solat Isyak lewat.

Cerita terakhir (kalau nak cerita semua memang satu malam tak habis), masa tu adik bongsu aku Humairaa’ masih kecil, baru pandai bercakap. Suatu hari, masa birthday Papa, kami adik-beradik berpakat untuk buat surprise sebelum Papa pergi outstation. Aku selaku yang sulung dan satu-satunya yang dah ada lesen memandu, bawa adik-adik aku ke KB Mall untuk cari hadiah. Senyap-senyap je kitorang keluar. Lepas balik tu, kitorang semua menyorok di bilik solat untuk balut hadiah-hadiah yang kitorang beli. Tiba-tiba Papa panggil Humairaa’. Humairaa’ pun pergi la kat Papa. Tiba-tiba, Ayu yang keluar untuk ambil barang di bilik kitorang masuk semula ke bilik solat dengan muka cemas. “Kakak! Humairaa’ bocorkan rahsia!!” “Erk?!” Aku cepat-cepat pergi ke ruang tamu tempat Papa sedang menyoalsiasat Humairaa’.Papa tersenyum-senyum tanya Humairaa’, “Tadi pergi mana?” Dan Humairaa’ dengan penuh jujur menjawab, “Pergi beli hadiah birthday Papa”. And the rest is history..hadoiii lupa nak pesan kat si kecik tu jangan bagitahu siapa-siapa~

Heheh kenangan oh kenangan..

Lepas ni, anak-anak aku hanya akan dapat melihat dari luar aje la rumah tempat mamanya menghabiskan usia remaja..

Sekian, selamat malam..

 

2 thoughts on “Cerita ‘Tahun Baru Cina’Ku

  1. kak noen, MAIK beli tanah kat kawasan sekitar tu utk besarkan kawasan masjid muhammadi stretching from umah parents sy tu smpi ke tepi sungai. tu yg tpaksa pindah tu. sayang nak pindah sbb dok tgh bandar sgt bes :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>