Bungkusan Berhantu

Akhirnya barang yang ditunggu-tunggu sampai juga. Dalam pukul 6.30 petang semalam, ada motor dok sibuk-sibuk hon depan rumah. Nasib baik terasa nak jenguk bunyi riuh tu. Rupanya motor pos laju. Aku dah tersenyum lebar dah. Gembira!

Memang berhantu barang ni. Dulu masa belajar, setiap kali cuti mesti aku cari. Siap simpan bawah bantal. Kalau ikutkan nak bawak balik kampus, apakan daya bukan aku punya. Pinjam dengan orang je. Sampai lunyai mende tu aku belek.

Ini lah mendenya. Order online je kat Karangkraf Mall sebab tak tahu zaman bila nak pergi kedai buku. Semua orang kat rumah ni pun busy nak ajak berjalan ke kedai buku. Order Khamis lepas, Selasa dah sampai. Katanya 5-7 hari bekerja. OK la tu yang penting buku ni sampai masa ada orang kat rumah.

SEHANGAT ASMARA oleh AISYA SOFEA

Aku dah lama pencen baca novel ni. Sebab bila dah banyak sangat baca, akhirnya akan rasa semua cerita sama je. Dalam banyak-banyak novel yang aku baca, yang ini lah yang paling aku suka sebab dia tak jiwang sangat tapi sangat menyentuh hati. Hmm tu pendapat peribadi aku la. Oleh kerana dramanya sekarang tengah ditayangkan di Astro (aku tengok melalui internet je), aku pun terasa la nak beli untuk buat ‘koleksi barang antik’ aku; iaitu barang yang pernah memberi kesan pada diri aku.

Yeay! Seronok sangat!

4 thoughts on “Bungkusan Berhantu

  1. haha, dd pon da start rs nk belek novel tu smula.. seigt dulu background cover color putih ngn tulisan sehangat asmara color pink kn? hihi.. mengimbau kenangan betul.. postal caj brape kak?

    p/: welcome new 747 baby in kb weekend ni :)

  2. dd pun suke ke? huhu mmg hancur mama punya copy kakak dok baca bape kali khatam. aah tu cover lama skrg cover baru. dah berapa kali cetak la agaknye. harga kat kedai 19.90, kalu beli kat karangkraf mall harga dia 16.92 tambah postal charge dalam 5.97 so total rm22.89..beza dlm rm3..kira ok la kan sbb xde peluang nak g kedai buku.

    haha abg mie dah siap hantar new baby 747 gi servis untuk balik kb weekend ni.. 😀

  3. bule..if u r around..in d house only..and kena bukak page sikit2 je sbb bukub aru kan..i pn sayang nk bukak..huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>