Bungkusan Berhantu

Akhirnya barang yang ditunggu-tunggu sampai juga. Dalam pukul 6.30 petang semalam, ada motor dok sibuk-sibuk hon depan rumah. Nasib baik terasa nak jenguk bunyi riuh tu. Rupanya motor pos laju. Aku dah tersenyum lebar dah. Gembira!

Memang berhantu barang ni. Dulu masa belajar, setiap kali cuti mesti aku cari. Siap simpan bawah bantal. Kalau ikutkan nak bawak balik kampus, apakan daya bukan aku punya. Pinjam dengan orang je. Sampai lunyai mende tu aku belek.

Ini lah mendenya. Order online je kat Karangkraf Mall sebab tak tahu zaman bila nak pergi kedai buku. Semua orang kat rumah ni pun busy nak ajak berjalan ke kedai buku. Order Khamis lepas, Selasa dah sampai. Katanya 5-7 hari bekerja. OK la tu yang penting buku ni sampai masa ada orang kat rumah.

SEHANGAT ASMARA oleh AISYA SOFEA

Aku dah lama pencen baca novel ni. Sebab bila dah banyak sangat baca, akhirnya akan rasa semua cerita sama je. Dalam banyak-banyak novel yang aku baca, yang ini lah yang paling aku suka sebab dia tak jiwang sangat tapi sangat menyentuh hati. Hmm tu pendapat peribadi aku la. Oleh kerana dramanya sekarang tengah ditayangkan di Astro (aku tengok melalui internet je), aku pun terasa la nak beli untuk buat ‘koleksi barang antik’ aku; iaitu barang yang pernah memberi kesan pada diri aku.

Yeay! Seronok sangat!