Jangan Melatah Depan Anak Ye~

Hujan pulak di hari ahad yang berbahagia ni. Dapat ke Papa dan Atuk Aiman meracun kat kebun kelapa sawit Atuk? Kitorang sekarang kat Batu Pahat. First roadtrip dengan kereta baru.

Papa paling popular di RnR Ayer Keroh.. Irfan tak puas hati Abang Aiman sibuk kacau daun..

Papa paling popular di RnR Ayer Keroh.. Irfan tak puas hati Abang Aiman sibuk kacau daun..

Next weekend second roadtrip menghala ke Kota Bharu pulak sempena parents aku nak berpindah rumah.

Nak cerita ni, sejak aku bersalinkan Aiman, tak tahu la kenapa jadi lekat tabiat melatah pulak. Tapi takde la kronik. Just “Oh, mak kau!” je. Hehehe. Tapi ia tetap melatah kan. Susah-susah aku ajar diri aku ni untuk tidak melatah sejak kecil dulu, bila jadi mak orang tiba-tiba pulak terlekat tabiat tu.

So ceritanya, pagi tadi waktu aku dok basuh pinggan kat sinki, aku terlepas botol susu irfan yang penuh dengan air. (Nasib baik terlepas dalam sinki kalau tak, tak pasal-pasal nak kena mengelap pulak). Secara automatiknya aku pun terlatah. “Oh, mak kau!” Tidak langsung kusedari bahawa Adam Aiman bin Yasser Helmy ada kat belakang aku masa tu. Tiba-tiba aku dengar ada suara budak kecil mengajuk, “Oh, mak kau!”

Aku pun pusing. Ah sudah! Bila la pulak dia ada kat belakang aku ni. Siap mengajuk pulak dah.

Oh, mak kau!

Oh, mak kau!

Mulai saat itu, aku bertekad untuk tidak melatah lagi.

Irfan yang steady as always~

Irfan yang steady as always~

Sekian, hehehe..

6 thoughts on “Jangan Melatah Depan Anak Ye~

  1. Tuhlaaa dah berjuta kali ayu cakap jangan melatah…kan emon da ngajuk…haha jgn nnt fan2 yg ngajuk plop sudoh….

  2. yana..btul2 my daughter pun cm tu… aritu ain duk terlatah dpn die..oo mak kau..pastu die duk ikut..bile terjatuhkn barang..:( mmg lepas tu ain nekad xkn latah lg…

  3. hehehe.. saya masih ada lg sisa-sisa latah tu..setiap kali terlatah lagi saya akan tengok kiri kanan dia ada ke tak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>