Jom hormati orang lain!

Assalamualaikum

Hari ni popular sangat dalam facebook dan youtube berkenaan satu video yang saya tak nak sebut kat sini. Malas la nak ulas kan sebab rasanya dah ramai yang mengulas pasal ni.

Tapikan, saya sebenarnya agak terganggu melihat video tu. Bukan kerana isunya, tetapi kerana sikap (attitude) yang ditonjolkan dalam video tu. Saya cukup risau kalau satu hari nanti anak saya bersikap macam tu. Nanti orang kata, “hai anak sape la tu tak reti nak hormat orang, egois pulak tu!” Waaa saya tak nak orang cakap macam tu kat saya ataupun anak saya!

Oleh itu, jom lah kita sama-sama ajar anak kita untuk menghormati orang lain (respect others), mempunyai rasa belas kasihan terhadap orang lain (compassionate), merendah diri (humble) dan paling penting, jangan merajakan sikap ego dalam diri.

Kita tentu rasa sakit hati kan kalau jumpa dengan orang yang egois ni. Berlagak pulak. Ingat dia je yang betul, tak nak dengar cakap orang lain. Jadi, kalau kita sendiri tak suka orang macam ni, kita pun tak boleh la jadi orang yang macam ni. Dan anak-anak kita pun kita kena ajar supaya tak jadi macam ni. Anak-anak ni kita kena ajar satu persatu apa yang kita nak dia tahu. Tak boleh nak assume dia akan belajar sendiri semua. Kita ajar dia dengan cara menunjukkan contoh yang baik, dan juga ‘ceramahkan’ sikit tentang sikap-sikap yang baik dan yang tidak ┬ábaik, dan apa akibat baik dan buruk – consequences – dari setiap sikap tu.

Mama saya dulu suka belikan buku-buku kisah tauladan dan kisah-kisah Nabi untuk saya. Sebab saya suka baca buku macam dia juga. Jadi, saya banyak belajar tentang akhlak-akhlak yang baik dari buku-buku tu. Walaupun saya masih kecil pada waktu itu, sekurang-kurangnya asas akhlak yang baik tu dah melekat dalam kepala saya. Tinggal nak amalkan atau tidak je. Saya pun berhasrat nak ajar anak saya dengan cara yang sama juga.

Jom kita perhatikan perangai dan perwatakan orang, dan belajar membezakan yang baik dan yang buruk. Sikap yang baik dicontohi, sikap yang buruk ditinggalkan. Saya pun masih belajar dan belajar, agar saya dapat mengajar anak saya pula. Saya tak nak orang kata anak saya buruk perangai..malu la saya kan.

Jom sama-sama belajar akhlak dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Lain peringkat umur, lain cara layanannya. Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Siapa lagi yang lebih baik selain dari Baginda sendiri untuk menjadi inspirasi kita kan.

Lets earn respect by respecting others~!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>