Cerita Abang Aiman

Ok, this is a good story, nak cite, baru je berlaku kejap tadi. Huhuhu nak tergelak pun ada.

Alkisahnya, Abang Aiman tiba-tiba jadi sangat penyayang pulak petang ni. Tahu tak apa dia buat? Dia main dengan anak patung Minnie Mouse yang asalnya adalah kepunyaan Kholah (makcik Aiman). Dia dukung ke sana kemari, pastu tiba-tiba datang kat Mama tanya pasal baju Minnie Mouse. Aku takde la faham sangat apa dia cakap tapi yang pasti topiknya adalah baju la. Pastu tiba aku dengar dia dok bercakap-cakap dengan Minnie tu, pastu nampak dia macam bagi susu, pastu tiba-tiba dengar dia dodoikan Minnie, “Lailahaillallah.. lailahaillallah..”. Macam kita dok ulit baby kita tu.

Dah setel dia dodoi tu, dia letak Minnie perlahan-lahan atas katil dan pandang Mama sambil letak jari kat mulut, “Shhhh!” Erk! Suruh Mama dok diam la tu. Macam Mama suruh dia cakap perlahan-lahan bila Irfan tidur. Hahaha! Nak tergelak OK! Haih Aiman..Aiman.. tiru gaya Mama tidurkan Adik Irfan ye..hehehe~

Lepas tidurkan Minnie

4 thoughts on “Cerita Abang Aiman

  1. Wakakakaka….buley imagine mesti comel glerr……aimon2…besar dah die…..mula2 cite yu duk ingtkn sjak ble aiman mula nk main patung2 ni…well….sbb tu ibu bapa kena tunjuk contoh yg baik depan anak2..diorang perhati n ingat n tiru….. 😀

  2. Reaction kakak plak, dlm ati mcm risau, ish apsal budak ni suke main doll plak kan.. But then abang ayu pon dulu main doll dgn kakak jgk.. Huhuhu.. Tak sangka la dia akan tiru.. Tp mmg aiman boleh diharap utk tlg jaga irfan bila kakak nak masak ke ape.. Kalau tgh sibuk main car, dia akan bwk car dia duduk sblh adik.. Adik pun dah pandai main car skrg..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>