Rindu itu Datang Lagi: Bahagian 3

Alkisahnya semalam, ada sesuatu berlaku pada aku. Sengaja la tu nak mengusik kalbu dan jiwa raga aku ni. Mula-mula kononnya nak berlagak macho, kononnya not affected, tapi for a minute lepas tu, rasa tak best pula. Ingat nak tunggu Abang balik ofis untuk melepaskan isi hati, tapi bila Abang dah balik, mulut seakan terkunci pulak. Kata-kata yang nak diluah tu tersangkut di kerongkong.

Bukan la isu apa pun. Rasanya lebih kepada perasaan aku sendiri yang terusik. Harapan tu seakan masih wujud, cuma lebih terkawal dengan kehadiran Irfan.

Ceritanya semalam, of all people atas muka bumi ni, my father met my boss in MAS masa buat praktikal dulu, Encik Jalil. A nice man, in his early fifties. Haven’t i told you before in my previous post that he had offered to train me specifically to join his section after i graduate? Well, that was 5 years ago. Semalam, he told my father that if I am still interested, apply again because now they have a new manager. Hmm tak sangka pulak after all these years dia masih ingat kat aku ni.

Masa mula-mula bercerita hal ni pada Mama, Mama terus respon, “Ha mintak la! Gi kerja, baru la ada income!” Haih she always want me to work. Aku respon, “Habis tu nak tinggal budak dua orang ni kat mana?” Mama  jawab, “Cari la nursery ke, babysitter ke” Huhu terus aku jawab kat Mama “There is no way I’m leaving them at a nursery. Kalau Mama duduk sini, baru Liyana kerja, Liyana carikan maid.”

Suprisingly, after saying this, aku rasa puas! Puas hati sebab it has become a final decision. Yes, I will happily go to work IF AND ONLY IF Mama is here to look after my kids, because i do not trust anyone else non-related to us like a bibik or any babysitter to do it. It’s my kids I’m talking about! Takut dowh dengar macam-macam cerita pasal budak-budak yang dihantar di bawah jagaan orang ni. Few days ago baru terbaca dalam majalah pasal one boy yang lahir normal tapi umur dua bulan tiba-tiba kena cerebral palsy. Rupanya berpunca dari terjatuh masa kat rumah pengasuh. Pengasuh tu tak cakap apa pulak tu! Umur dua bulan! Bayangkan la macam mana pengasuh tu handle baby umur dua bulan sampai kepala boleh terhentak. Akibatnya ditanggung seumur hidup baby tu tau! Kesian dia :( Aku memang tak sanggup ambil risiko macam tu. Biarlah aku tak kaya pun. At least aku tak ada bebanan hutang yang perlu difikirkan. Yang penting anak-anak aku terjaga dengan baik.

Emm dalam kepala ni masih bermain-main bayangan macam dulu la. Bestnya dapat kerja kat hangar, timbang kapal terbang, buat test flight, kira aircraft load, uruskan kargo untuk cargo flights, jaga runway data. Dulu Encik Jalil pernah suruh aku baca satu buku ni, lebih kurang cerita pasal cara-cara nak handle haiwan dalm cargo flight contohnya zirafah, kuda, kambing dan lain-lain. Aku belek-belek buku tu, terbaca satu page describing about handling baby giraffe. Teringat signboard iklan tepi jalan nak ke KLIA tu kan dulu ada satu iklan MAS Cargo 6-star animal hotel, yang ada gamba leher zirafah panjang gile tu sampai terkeluar kapal terbang. Aku terfikir dan dengan dahi berkerut, aku terus tanya Encik Jalil, “kalau mak zirafah boleh ke bawak dalam flight?” Beliau senyum dan cakap’ “Baca buku tu.” Aiseh, kena baca jugak. Hahaha. Pastu teringat jugak one engineer kat situ pernah cerita, pada suatu hari ada orang nak send a box of anak-anak ayam ke satu negara ni. Skali sampai negara tu anak ayam ni mati semuanya. Marah dia. Terpaksala bayar ganti rugi. Bukan senang tau nak transport haiwan atas flight. Certain types of animals boleh naik macam biasa, but some has to be given ubat pelali bagi tidur. My own father pun pernah bawak cargo flight yang penuh dengan kambing from Australia to Malaysia. Sampai KLIA tu memang habis bau kambing lekat kat baju. Best betul kambing pun dapat naik kapal terbang. Free pulak tu. Then pernah tanya kat Encik Jalil dia graduate dari mana? Masa tu my favourite question to every senior engineers was from where they graduated. Maklumla aerospace program kan masih baru kat Malaysia ni. Dia jawab “Buffalo”. Aku hairan la pulak ape cerita pasal kerbau pulak ni? Dia nampak muka aku yang hairan tu dia pun sambung, “University of Buffalo, New York.” Hahaha ok aku lupa Buffalo tu nama tempat kat New York. Yes I’ve heard of that place ok. Hahaha.

Credit to maskargo Zirafah nak naik kapal terbang..picture credit to maskargo

Hmm orang lain at this age consider nak berhenti kerja duduk rumah, aku terbalik pulak.

Cik Aini dah offer anak-anak aku diletakkan kat taska dia. Bagus juga cadangan tu. Cik Aini is a close friend of mine and I trust her. Masalahnya, bila Cik Aini nak buka taska ni?

Sekian..titik

6 thoughts on “Rindu itu Datang Lagi: Bahagian 3

  1. haha nak wat cane kak noen..saya kan tak pernah ada pengalaman kerja macam orang lain..lepas grad dulu pun pernah jadi RA dan tutor pastu dah kawen terus quit. heheh~

  2. people say if u want to know where you heart is, look where your mind wanders.. sometimes, terungkap ngn karangan y pjg cam entry kakak ni (hehe).. sometimes, we tend to leave it unspoken.. terkadang, kita usir jauh kehendak tu pergi atas sebab keperluan hidup y lebih penting alcontoh for the sake of raising our own kids with d best tarbiyyah that we can give ’em..

    nak tak nak, life is a sacrification.. once in a while we ponder how we’d hv been if we chose the road not taken.. pilihan itu sentiasa kita kuncinya n better to consider the opportunity now bcoz u’ll never know whether it’ll still b there in 10 years time or less – so goodluck! :)

  3. wise words my sis. baca part atas rasa sedap hati dah tetiba sampai part consider opportunity tu dah rasa gelabah. haha in my case somehow, maybe it’s best kalau ia berlalu pergi selamanya kot. sebab bila fikir2, i always want to educate them ‘one to one’, kalau bule nk suh duduk rumah smpi spm xyah masuk boarding skool pun, so apatah lagi nak kerja pulak mcm x tally la dgn impian asal. I will always miss and long for the road not taken, but on top of everything, i’m happy with the decision i made.

    ps: ni bukan new post yg kakak maksudkan..still on the way sbb lasnite internet prob..lalala

  4. kakak, y 1st paragraph tu dd tulis on d same date kakak publish this entry.. tp x smpt hbs tulis, so pg td ks complete.. perasaan hr tu mmg sgt sokong kakak jd home engineer, pagi tadi pulak tibe2 membuak2 perasaan nk kije blk- uwaaa!! thats y melencong sket ayat tu, haha.. da bc d new entry, will comment later ok? :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>