Cubaan menjadi ibu mithali 2

Bahagian 2

Tenang dan damai suasana sekarang ni, sebab anak-anak tengah tidur. Huu rilek je rasa. Kalau tak, mesti nak kelam kabut ke sana kemari.

Alhamdulillah, sejak 2,3 hari ni dah tak stres. Mungkin sebab akhirnya aku dah memahami rentak anak-anak sehari-hari, dan belajar untuk tidak melaluinya dengan tekanan. Nak mengimbang antara menguruskan aiman, irfan dan diri sendiri. Ni belum masuk bab menguruskan papanya lagi. Apatah lagi menguruskan rumah. Buat masa ni, tang mengurus rumah tu kena ‘surrender’ dulu atas faktor kesihatan. Lepas bersalin aritu belum dapat pergi mengurut lagi. Yela, seminggu lepas bersalin, balik ke Kota Bharu. Balik cepat-cepat sebab Humairaa’, adik bongsu aku, dah mula sekolah. Oleh kerana aku bersalin melalui pembedahan, memang sah-sah la kena tunggu luka sembuh dulu baru boleh mengurut kan. Paling cepat pun seminggu lepas pembedahan. Pastu bila balik dari Kelantan, makcik urut tu pulak balik kampung untuk raya haji. Sebulan! Lagipun baru lepas bersalin kan, memang tak boleh nak mengada-ngada rajin buat kerja-kerja berat. Sayangilah badan anda. Nak pakai lama kan. Syukurlah suamiku memahami, dia yang setelkan bahagian mengemas rumah. Fuhhh~

Ok balik ke cerita asal. Sejak irfan dah masuk 7 minggu setengah ni, dah pandai berkomunikasi. Tengok dia pun dah nampak makin cerdik. Setiap kali nak menyusu, dia akan pandang tepat ke mata aku dengan 2 biji mata dia yang bulat tu, dengan ekspresi penuh mengharap. Dia nak tengok senyuman mamanya dan dengar mama berceloteh dengan dia dulu. Selagi mama tak cakap apa-apa, selagi tu dia akan pandang dan tak mula menyusu. Subhanallah. Hati mama yang panas pun boleh cair dengan pandangan mulus si anak kecil.

Setiap hari pula, pagi mama diceriakan dengan senyuman pertama yang sangat manis dari irfan. Macam nak kata selamat pagi mama! Haih, sayang..sayang..memang sweet. Sekali sekala, mesti akan terimbas kenangan menjaga aiman masa kecil dulu. Aiman dulu pun sweet macam tu jugak. Kalau korang masih ingat, dalam entri sebelum ni ada cakap pasal nak letak papan tanda ‘BABY FOR SALE’ tu kan, sebenarnya bila dah habis pantang 60 hari tu, si bayi dah makin bijak dan makin mengerti tentang perjalanan alam sekeliling. Dia dah mula menyesuaikan diri dengan hidup di dunia. Kiranya ‘the tough period’ tu cuma lebih kurang 60 hari pertama je la. Sebab bayi tu pun baru nak berkenalan dengan dunia di luar rahim ibunya kan. Si ibu pulak baru nak berkenalan dengan bayi tu; macam mana perangainya, dan sebagainya. Jadi, bila kedua ibu dan anak dah saling memahami, mudah la sikit nak menguruskan hidup. Pada tahap ni, dah boleh la nak menikmati saat-saat manis ibu dan anak. Memang seronok! Waktu-waktu indah macam ni la yang si ibu akan sangat rindu bila anak-anak dah besar nanti.

Perlu diketahui jugak, the first three months lepas bersalin ni pun sesetengah orang kata, boleh anggap macam mengandung trimester keempat. Sebab waktu ni, bayi asyik nak didukung dan diriba je. Bila diletak, dia menangis. Kalau irfan kan, bila aku letak dia atas tilam ke, bouncer ke, mesti dia buat muka tak puas hati. Kalau mood dia baik, dia sekadar buat muka la. Kalau mood tengah tak baik, memang sah-sah melalak. Huhuhu.

Nak kongsi cerita, pasal irfan lagi, (banyak sangat nak cerita, ni baru pasal irfan, pasal aiman belum cerita lagi), hari tu aku ada baca dalam blog, tentang bagaimana ibu-ibu di barat ‘handle’ anak-anak baru lahir yang asyik nak didukung ni. Most of them akan guna baby sling. So, mudah la diorang nak buat kerja rumah ke apa ke. Dan baby diorang pun happy duduk dalam sling tu. Ada jugak yang guna carrier, tapi sling lagi selesa la. Sling ni kita boleh bayangkan ala-ala ibu-ibu yang bawak anak dia kat atas belakang sambil dia bercucuk tanam tu. Kan anak dia duduk dalam kain. Ha sling pun macam tu la cuma selalunya baby duduk kat depan. So aritu aku try la bawak irfan dalam carrier. Dia duduk sekejap je pastu tak happy, buat muka tak berapa redha. Tak selesa kot. Punya riuh dok komplen dan merengek-rengek, tiba-tiba dah terlelap dengan mulut ternganga. Haish anakku ni.

Alamak irfan dah bangun. Jumpa lagi! Ciao!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>