Bukankah ikhlas dan budi bahasa itu bersaudara?

Seringkali kita berhadapan dengan situasi di mana seorang hamba Allah; mungkin rakan atau saudara atau orang yang tidak dikenali, meminta pertolongan kita tentang sesuatu. Sebagai makhluk Tuhan yang ‘berhemah’, mungkin kita akan hulurkan bantuan yang dipinta. Ikhlas atau tidak, itu soal kedua. Apabila kita melakukan sesuatu kebaikan, kita tetap mendapat pahala, tidak kira sama ada kita ikhlas atau tidak. Sebab itulah keikhlasan jatuh ke nombor dua. Namun, setelah dia itu kita bantu, dia terus berlalu tanpa terfikir untuk sekurang-kurangnya mengucapkan “terima kasih”. Apatah lagi memberi sagu hati, atau belanja minum. Memang la kita tidak memintanya dan mungkin tidak mengharapkan apa-apa balasan. Tetapi tentu jiwa kita ini tetap terusik dengan perlakuan sebegitu kan? Lebih teruk lagi, setelah dibantu, ucapan-ucapan pedas yang menjadi halwa telinga. Ini memang sudah keterlaluan!

Sama ada kita sedar atau tidak, situasi ini banyak berlaku dalam masyarakat. Baik yang kaya, yang sederhana, yang berpendidikan tinggi mahupun yang tidak bersekolah. Golongan sebegini memang menyakitkan hati!

Pernah dengar pantun ini, “Orang memberi kita merasa, Orang berbudi kita berbahasa”? Mesti ada sebab kenapa orang-orang tua zaman dahulu buat pantun ini kan?

Nak minta pertolongan dari orang, ada caranya. Kalau kita pandai mengambil hati, orang yang asalnya menolong dengan rasa tak ikhlas pun boleh jadi ikhlas. Tapi kalau kita tak pandai berbahasa, pertolongan yang asalnya ikhlas pun boleh jadi tak ikhlas. Apalah salahnya kalau kita minta pertolongan seseorang tu dengan berbudi bahasa dan bersopan, setelah selesai semuanya, sekurang-kurangnya kita ucapkan terima kasih dan berikan senyuman.

Cuba bayangkan situasi-situasi berikut:

Situasi 1:

Anda dengan sepenuh keikhlasan menumpangkan kawan anda yang nak pergi membeli-belah. Kebetulan anda pun mahu membeli-belah dan tiada teman. Setelah selesai urusan membeli-belah, usahkan nak berkongsi duit minyak, duit parking yang mahal (sebab tunggu dia shopping berjam-jam) pun kawan anda tu tak hulur. Apa anda rasa (walaupun anda sebenarnya tidak mengharapkan apa-apa balasan)?

Situasi 2:

Kawan anda ada urusan di suatu tempat berhampiran rumah anda tetapi dia tidak biasa dengan tempat itu. Anda dengan sepenuh keikhlasan menumpangkan kawan anda itu. Setelah selesai urusan, kawan anda mengajak anda makan dan membelanja anda makan. Walhal anda tidak mengharapkan apa-apa balasan (sepenuh keikhlasan kan). Apa anda rasa?

Situasi 3:

Rakan sekerja anda meminta anda membelikan sesuatu untuknya, dia menghulurkan wang lebih dari harga sebenar barang itu lalu mengatakan yang dia mahukan resit harga barangan yang dia kirim dan berpesan siap-siap supaya anda memulangkan baki wangnya (“jangan keep the change pulak”‘ katanya). Apa anda rasa?

Jawapan-jawapan anda menunjukkan perbezaan reaksi terhadap orang yang berbudi bahasa dengan yang kurang berbudi bahasa. Apabila orang meminta pertolongan daripada kita dengan bahasa yang sopan, kemudiannya menunjukkan penghargaan dan rasa terima kasih atas usaha kita membantunya, sudah tentu kita merasa gembira, dan tidak kisah jika orang itu mahu meminta tolong lagi di masa hadapan. Tetapi jika sebaliknya, usahkan kita merasa gembira, rasa menyesal pula membantu orang yang tidak pandai berbahasa ini. Silap haribulan rasa serik pula. Dapat dilihat dengan jelas bagaimana budi bahasa seseorang berupaya mempengaruhi keikhlasan dalam hati pihak yang memberi pertolongan.

Dalam masa yang sama, kita juga perlu ingat, jika kita tidak suka orang melakukan perkara sedemikian pada kita, kita mesti terlebih dahulu tidak melakukannya kepada orang lain. Jika kita suka orang berbuat baik kepada kita, kitalah yang terlebih dahulu mesti memulakannya. What you give, is what you get back.

Suatu kata hikmat yang ingin saya kongsikan di sini, saya kurang pasti siapa yang mengucapkannya. Namun kata-kata itu memberi makna yang sungguh mendalam.

Ingat 2 lupakan 2;

Ingat kebaikan orang pada kita, lupakan kebaikan kita pada orang.

Ingat kejahatan kita pada orang, lupakan kejahatan orang pada kita.

Sekian, wassalam.

New Boys in da House!!

Assalamualaikum..

Ni nak umum to my dear readers yang adinda saya Izyan Ayuni dah pun selamat melahirkan baby boy yang sehat dan kuat seberat 3.01kg tengah hari semalam, 8 November 2012. Huhuhu maka bertambah la populasi lelaki dalam rumah ni. Alhamdulilah nama diberi Ammar Soleh bin Muhammad Safuan. Muka pun sebijik ayahnya. Since lahirnya secara normal, maka tengah hari tadi selamat lah Ayu, Safuan dan baby Soleh pulang ke rumah.

Ammar Soleh Day 1

Huhu semangat nak introduce anak sedara baru, anak sendiri pun belum introduce properly lagi. Maklumla baru habis ‘maternity leave’ kan. Heheheh. Perkenalkan, Adel Irfan bin Yasser Helmy. Lahir pada 10 September 2012 hari Isnin jam 1108. Ingatkan boleh la lahir normal tengok-tengok kena caeser jugak sebab kedudukan baby. Nanti akan cerita lanjut. I will write a proper birth story later okes.

Adel Irfan

Bila cerita pasal Soleh dengan Irfan, memang tak sempurna kalau tak cerita pasal seorang lagi anak saudara saya yang pertama. Dia yang lahir paling awal pada tahun 2012 ni iaitu Ahmad Al-Hakeem bin Izzat Syazwan. Lahir pada 16 Ogos 2012 di Kota Bharu. Huhu Mama miss u hakeem!! I really love this picture of you. Your smile..oh hakeem!

Ahmad Al-Hakeem

So this year memang meriah la keluarga kami dengan kelahiran 3 little boys! The Three Musketeers! Sape yang paling happy? Kitorang la of course! Alhamdulillah~ Semoga anak-anak kami termasuk Abang Aiman menjadi anak-anak yang soleh dan dimurahkan rezeki serta diberkati hayatnya. Amin~

Adam Aiman

Cara Mendidik Anak

Dipetik dari status seorang kawan

Pesan Saidina Ali:

CARA MENDIDIK ANAK

Didiklah anak kamu dgn cara yg berbeza setiap 7 tahun

7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan & rasa cinta.

7 tahun kedua, berlaku tegas dgn mereka. Didik mereka & perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.

7 tahun ketiga dan seterusnya, berkawanlah dgn mereka. Di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dgn mereka sebelum mereka mempunyai sahabat yg boleh merosakkan akhlak.

Cubaan menjadi ibu mithali 2

Bahagian 2

Tenang dan damai suasana sekarang ni, sebab anak-anak tengah tidur. Huu rilek je rasa. Kalau tak, mesti nak kelam kabut ke sana kemari.

Alhamdulillah, sejak 2,3 hari ni dah tak stres. Mungkin sebab akhirnya aku dah memahami rentak anak-anak sehari-hari, dan belajar untuk tidak melaluinya dengan tekanan. Nak mengimbang antara menguruskan aiman, irfan dan diri sendiri. Ni belum masuk bab menguruskan papanya lagi. Apatah lagi menguruskan rumah. Buat masa ni, tang mengurus rumah tu kena ‘surrender’ dulu atas faktor kesihatan. Lepas bersalin aritu belum dapat pergi mengurut lagi. Yela, seminggu lepas bersalin, balik ke Kota Bharu. Balik cepat-cepat sebab Humairaa’, adik bongsu aku, dah mula sekolah. Oleh kerana aku bersalin melalui pembedahan, memang sah-sah la kena tunggu luka sembuh dulu baru boleh mengurut kan. Paling cepat pun seminggu lepas pembedahan. Pastu bila balik dari Kelantan, makcik urut tu pulak balik kampung untuk raya haji. Sebulan! Lagipun baru lepas bersalin kan, memang tak boleh nak mengada-ngada rajin buat kerja-kerja berat. Sayangilah badan anda. Nak pakai lama kan. Syukurlah suamiku memahami, dia yang setelkan bahagian mengemas rumah. Fuhhh~

Ok balik ke cerita asal. Sejak irfan dah masuk 7 minggu setengah ni, dah pandai berkomunikasi. Tengok dia pun dah nampak makin cerdik. Setiap kali nak menyusu, dia akan pandang tepat ke mata aku dengan 2 biji mata dia yang bulat tu, dengan ekspresi penuh mengharap. Dia nak tengok senyuman mamanya dan dengar mama berceloteh dengan dia dulu. Selagi mama tak cakap apa-apa, selagi tu dia akan pandang dan tak mula menyusu. Subhanallah. Hati mama yang panas pun boleh cair dengan pandangan mulus si anak kecil.

Setiap hari pula, pagi mama diceriakan dengan senyuman pertama yang sangat manis dari irfan. Macam nak kata selamat pagi mama! Haih, sayang..sayang..memang sweet. Sekali sekala, mesti akan terimbas kenangan menjaga aiman masa kecil dulu. Aiman dulu pun sweet macam tu jugak. Kalau korang masih ingat, dalam entri sebelum ni ada cakap pasal nak letak papan tanda ‘BABY FOR SALE’ tu kan, sebenarnya bila dah habis pantang 60 hari tu, si bayi dah makin bijak dan makin mengerti tentang perjalanan alam sekeliling. Dia dah mula menyesuaikan diri dengan hidup di dunia. Kiranya ‘the tough period’ tu cuma lebih kurang 60 hari pertama je la. Sebab bayi tu pun baru nak berkenalan dengan dunia di luar rahim ibunya kan. Si ibu pulak baru nak berkenalan dengan bayi tu; macam mana perangainya, dan sebagainya. Jadi, bila kedua ibu dan anak dah saling memahami, mudah la sikit nak menguruskan hidup. Pada tahap ni, dah boleh la nak menikmati saat-saat manis ibu dan anak. Memang seronok! Waktu-waktu indah macam ni la yang si ibu akan sangat rindu bila anak-anak dah besar nanti.

Perlu diketahui jugak, the first three months lepas bersalin ni pun sesetengah orang kata, boleh anggap macam mengandung trimester keempat. Sebab waktu ni, bayi asyik nak didukung dan diriba je. Bila diletak, dia menangis. Kalau irfan kan, bila aku letak dia atas tilam ke, bouncer ke, mesti dia buat muka tak puas hati. Kalau mood dia baik, dia sekadar buat muka la. Kalau mood tengah tak baik, memang sah-sah melalak. Huhuhu.

Nak kongsi cerita, pasal irfan lagi, (banyak sangat nak cerita, ni baru pasal irfan, pasal aiman belum cerita lagi), hari tu aku ada baca dalam blog, tentang bagaimana ibu-ibu di barat ‘handle’ anak-anak baru lahir yang asyik nak didukung ni. Most of them akan guna baby sling. So, mudah la diorang nak buat kerja rumah ke apa ke. Dan baby diorang pun happy duduk dalam sling tu. Ada jugak yang guna carrier, tapi sling lagi selesa la. Sling ni kita boleh bayangkan ala-ala ibu-ibu yang bawak anak dia kat atas belakang sambil dia bercucuk tanam tu. Kan anak dia duduk dalam kain. Ha sling pun macam tu la cuma selalunya baby duduk kat depan. So aritu aku try la bawak irfan dalam carrier. Dia duduk sekejap je pastu tak happy, buat muka tak berapa redha. Tak selesa kot. Punya riuh dok komplen dan merengek-rengek, tiba-tiba dah terlelap dengan mulut ternganga. Haish anakku ni.

Alamak irfan dah bangun. Jumpa lagi! Ciao!