Yeay! Nak dapat baby! Bahagian 1

Entri ini ditujukan khas buat adik-adikku; suami-suami muda yang bakal menjadi ayah tak lama lagi, dan semua bakal ibubapa.. 😀

Artikel in bersifat ilmiah, dikumpulkan dari pengalaman orang-orang yang sudah melaluinya; baru dan lama. Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk menceritakan serba sedikit peranan yang perlu dimainkan oleh para suami apabila isterinya mengandung dan bersalin. Ramai suami muda yang bertanya, jadi, di sini dituliskan supaya senang, lepas ni kalau ada orang tanya, suruh baca sini je. Semoga bermanfaat.

ALKISAH

Di suatu hari yg hening, tiba-tiba nampak si isteri tercinta lain macam. Gedebak gedebuk sana sini, buat urine test, jumpa doktor, rupanya dah termengandung! Hahaha patut la lain macam je. So sekarang dah termengandung, what’s next?

Peranan Suami:

Ambil Tahu!

1) Keadaan emosi dan fizikal isteri.

  • Trimester pertama (0-3 bulan): waktu ni segelintir wanita rilek je, xde morning sickness langsung. Segelintir yang lain pula mabuk sikit2, atau sekadar tiada selera makan, ada pula yang mabuk teruk sampai kena masuk hospital. Kategori mana pun isteri, yang paling penting, kalau suami tak mampu bantu hilangkan mabuk isteri pun, sekurang-kurangnya berilah sokongan moral. Keprihatinan suami sangat membantu meningkatkan semangat isteri.
  • Trimester kedua (4-6 bulan): Trimester bulan madu. Waktu ni selalunya mabuk dah hilang, selera makan dah pulih, perut masih belum membesar. Tapi suami tetap kena peka dengan keperluan dan kesihatan isteri. Pastikan isteri rajin senaman. Senaman yang paling sesuai adalah berjalan dan senaman Kegel (senaman kemutan untuk mengelakkan rahim jatuh dan masalah tahan kencing, selanjutnya boleh cari di internet).
  • Trimester ketiga (7-9 bulan): Trimester yang paling mencabar fizikal isteri. Waktu ni pergerakan isteri mula perlahan, sebab perut dah makin besar. Sesetengah mungkin menderita sakit belakang, sakit pinggang, sakit pelvik. Sebolehnya ringankan beban isteri dengan lebih banyak membantu membuat kerja-kerja rumah; mengemas, kain baju dll. Bila dah masuk 9 bulan, kadang-kadang isteri penat nak angkat tangan pun dah tak larat. Malam-malam bila tidur, jenguk-jenguk la sekali orang sebelah boleh tidur ke tidak. Entah-entah tengah menangis sebab sakit belakang, sakit pinggang. Rajin-rajin la picit badan isteri, atau setidaknya berikan sokongan moral, bacakan selawat, doa. Pandai-pandai la.

2) Pemakanan yang baik sewaktu mengandung. Belikan untuk isteri.

  • Jus buah, tamar, buah-buahan dan banyak lagi.

3) Vitamin-vitamin yang perlu.

  • Trimester pertama: asid folik
  • Trimester kedua: minyak ikan (brand neurogain – minyak ikan mengandungi Omega 3 yang sangat penting untuk pembentukan otak bayi), obimin, kalsium (susu atau tablet)
  • Trimester ketiga: sama macam trimester kedua

Kalau boleh, asid folik tu makan sejak belum pregnant lagi bagus. Tapi kalau tak makan asid folik dari awal, bila dah tahu pregnant tu pergi la cepat2 cari kat farmasi, ataupun bawa je isteri ke klinik.

4) Kos monthly check-up dan kos bersalin (melibatkan kos rawatan ibu bersalin dan kos rawatan bayi)

* sila rujuk penerangan di bawah

5) Kos barangan ibu (mengandung, dalam pantang dan menyusu) dan bayi

Rancang!

Nak jumpa doktor kat hospital kerajaan atau swasta. Ada sesetengah orang pergi check-up di klinik ibu dan anak dan bersalin di hospital kerajaan. Ada sesetengah orang, awal pregnancy sampai dah masuk 8 bulan pergi klinik ibu dan anak lepas tu pergi swasta untuk bersalin. Jimat sikit. Ada sesetengah orang, terus pergi jumpa doktor swasta sampai la bersalin.

Kos Lawatan Bulanan (Check-Up Doktor)

Selalunya doktor-doktor swasta ni kalau pesakit baru, dia caj standard consultation fee RM60. Bila dah banyak visit baru dia kurangkan sampai la RM30 atau RM40, bergantung kepada doktor. Pastu campur la pula dengan harga vitamin-vitamin yang dia bagi. Ada sesetengah orang, memang pergi hospital kerajaan dari awal sampai la bersalin. Pilihla mana yang sesuai ikut selera dan kemampuan masing-masing.

Kos Bersalin

Bila dah pilih, boleh la mula simpan duit. Kena selidik la kos follow-up, kos bersalin normal, kos bersalin pembedahan. Kena ambil kira juga kos in case berlaku masalah pada isteri atau bayi. Mungkin bayi terkena jaundis, dah kena duduk dalam inkubator pulak. Selalunya seminggu, atau mungkin lebih bergantung pada tahap kuningnya tu. Mungkin lahir tak cukup bulan ke. Pun kena duduk inkubator.

Bersalin pun ada jenis-jenis juga. Bersalin normal kalau orang kata kos pakej sekitar R1500, belum tentu bila isteri bersalin nanti akan dapat jumlah bil yang sama. Kadang-kadang, bersalin normal pun perlukan bantuan, mungkin isteri minta suntikan epidural. Tambah la dalam RM500 dalam bil. Epidural ni adalah painkiller waktu bersalin. Jadi tak la rasa sakit sangat masa meneran tu. Tu pun bergantung pada orang juga la. Sesetengah orang tetap rasa sakit juga. Pastu pulak, silap-silap haribulan, isteri dah penat meneran, tak larat dah, atau teran-teran tapi tak keluar-keluar jugak. Bila jadi macam ni, doktor selalunya akan bantu menggunakan forsep atau vakum. Bila doktor dah angkat tools dia, faham-faham la. Tambah la kos di situ.

Kalau tak kena gaya, dah elok-elok normal tiba-tiba doktor kata, “tak boleh jadi ni, baby tak nak keluar jugak, kena bedah, nanti baby lemas”. Sudah! Tambah la lagi beberapa ribu di situ. Sebab, dah jadi normal + emergency caesarean.

Caj secara amnya di hospital-hospital swasta (KJMC, KPJ):

Normal: RM2500-3000

Planned caesarean: RM3000-RM4000

Emergency caesarean: RM4000-RM5000

Ni caj secara am la. Nak yang tepat, susah nak cakap sebab bergantung pada kes. So simpan la duit banyak-banyak sikit ye. Kalau yang ada coverage insurans syarikat tu ok la sikit. Mungkin syarikat bayar bil penuh, mungkin ada yang bayar separuh.

Kos barang-barang ibu dan bayi

Bila isteri dah mengandung, tak boleh nak expect dia pakai baju yang sekarang sepanjang mengandung. Tak muat la! Pakaian luar, pakaian dalam, semua kena tukar saiz lain. Sebab tu wujudnya kedai-kedai maternity wear. So, kena beli baju dan underwear baru ok. Pastu bila dah bersalin, kena ambil kira barang-barang yang perlu waktu berpantang, dan barang-barang keperluan menyusu sama ada menyusu badan atau menyusu formula.

Barangan bayi pun banyak juga yang kena beli terutama anak sulung. Paling minima pun baju dan toilettries, tummy binder, dan macam-macam lagi.

Senarai penuh barang-barang keperluan ibu dan bayi akan disiarkan dalam artikel seterusnya.

Ilalliqa’~