Kelantan yg mundur..

hua hua hua rajin bebenor plak nulis pg ni.. alang2 idea tgh mencurah ni baik taip sblm terlupa.

firstly nak ucap tahniah kat rakyat mesir sbb dpt presiden baru. waa bertuah betul dpt profesional ulama jd presiden. engineer ber’phd’ yg hafaz al-qur’an tu. keseimbangan dlm penggunaan otak kiri dan kanan, semestinya akan membawa perbezaan dlm cara berfikir dan menyelesaikan masalah. semoga mesir bertambah aman makmur lps ni.

kat malaysia ni, paling hampir mcm mesir tu pun kat kelantan la kot. sultan yg soleh dan punya menteri besar yg merupakan seorang ulama. semoga bumi kelantan bertambah2 lg barakahnya di bawah pimpinan hamba2 Allah yg hidup utk mencari redhaNya.

entry ni bukan nk cerita pasal politik, tapi nak cerita pasal pandangan non-kelantanese terhadap negeri kelantan. ambo ni bukan la org kelantan tulen pun. nak beli tanah kat kelate pun x layak, apatah lagi nak apply biasiswa from yayasan kelantan. tapi dapat la merasa dok kelate full time 5 tahun lps tu celup2 time cuti sem. since sekolah menengah pun kat sane, so boleh la kata pernah hidup sbg org kelate minus the makan budu and ikan tawar part.

nak cite sket kat sini, alkisahnya ada la desas desus org dok kata dlm suratkhabar, yg kelantan ni negeri yg mundur. ramai gak rakyat kelantan yg ambo tgk xpuas hati dgn statement tu dok komplen dlm laman mukabuku. desas desus ni mengingatkan ambo kepada satu situasi yg ambo pernah lalui masa ambo dok belajar kat pusat asasi sains um di zaman dahulu kala.

masa tu ambo makan early dinner dgn sahabat ambo dan rummetnya kat kafe yg ada megi goreng sedap dan abang kafe bersuara lembut tu. diorg ni kononnya org kelate jugak la. hmm kwn2 ambo yg beribubapakan org klate ni mmg suka ngaku dorg ni org kelate jugak. padahal nak sebut kelate pun x pandai. diorg sebut kelante instead. hmm pelik. pastu cakap kelate pun bukan reti. setakat balik kelate setahun skali dua time raya tu masih tidak melayakkan korg mengaku kelatenese ok. but i found most of them kawen dgn pure kelatenese. heheh..

nak dijadikan cerita, masa tu entah camne bule timbul cerita pasal kelantan. tetiba one of them ckp kelantan tu mundur. ambo tanya la nape. katanya kelantan xde lrt, shopping mall..panggung wayang pun xde! kelate is so x maju! ni sume akibat duduk lama sgt bawah kerajaan pas. aku ckp la, kelantan mmg la xde sume tu, but then kat malaysia ni pun selangor dan kl je yg ada lrt. so negeri2 lain tu x maju jugak ke? dua2 girls tu buat muka. tetap pertahankan pendirian dorg yg kate kelantan tu mundur sbb duduk bawah kerajaan pas. hmm ini la jadinya kalau hidup just bergantung dgn mainstream media je. nak salahkan diorg pun susah gak sbb masa tu media alternatif ni x popular lg.

well to be honest, before aku masuk skolah kat kelate, aku pun x suka nik aziz and pas gaks. sbb dok baca mcm2 cerita negatif dlm suratkhabar la. tapi lps masuk skolah kat sana, especially lps actually seeing nik aziz in flesh and hearing his speech, i had a new profound respect towards him. Speech dia menarik, x membosankan, and the best part is penuh berisi hikmah dan tazkirah yg santai. yg kita dgr x rasa nak rebel. xsangka plak ek. nampak dlm gambar mcm style ustaz lebai2 yg x menarik je. rupa2nya..fuhh terus level respect aku kat dia naik 100%.

to be honest, mmg la kalu kite gi kelantan, jgn la nak expect rupa kota bharu tu mcm kl. tapi xde la teruk sgt pun. actually rupa town kb tu lebih kurg je dgn mana2 kawasan melayu yg lain. cuba tgk kat klang tu, lebih kurg je. so apa yg mundurnya kb tu? traffic jam sama hebat jugak. bahkan skrg ni dah makin banyak plak bangunan naik. KB trade center la, giant, tesco, sume dah ada. cuba gi jenguk kat pasar. makcik2 jual ikan, sayur sume pakai gelang emas solid smpi siku. kat kl ni ado mcm tu? ngahaha! xde kan? xde kan?

satu lg situasi yg ambo pernah lalui dgn jiran ambo sendiri, makcik umah sebelah. a nice indian lady. quite elderly but still sehat. suatu petang, dia nmpk aku kat laman, dia tegur aku dan tanya kabar parents aku nun di kb. pastu dia tanya, x boring ke dok klate? aku cakap ok je, hidup dgn aman damai tenang, pagi dan petang dok melayan ikan2 dlm kolam bawah umah, boring2 gi jalan2, honeymoon, especially now papa aku dah retire, hari2 kot gi dating. berjalan2 menyusuri pantai dari pantai irama smpi ke besut nuh! asal aku call umah je diorg xde. huhu. makcik tu bule wat muka x caye. bukanke kelantan tu xde apa kan? teruk plak tu bawah pemerintahan kerajaan pembangkang, miskin lagi. ngahaha ni yg aku rasa nak sengih ni. nasib la kalu dah baca utusan mesia je mcm ni la jadinya. aku ckp ringkas je la kat aunty tu, jgn caye sgt apa mainstream media ckp. kena seimbangkan dgn media alternatif jgk. kelantan is just like any other state. u have to go there to see what it’s really like. malas plak aku nak elaborate panjang2. nak kena cite pasal membangun bersama islam kang berjam2 plak. so conversation tu abis situ je. dah maghrib pun.

kesimpulannya kalu nak tgk kelantan mundur ke tak, gi la jelajah sendiri. nak best lagi, gi time lebuhraya baru tu dah siap. sape x believe in sistem wakaf tu rugi la, sbb nampak sgt jahil tentang amal jariah. kat kelantan nak gi mana xyah bayar tol. nak gi keje ari2 bayar duit minyak je. makan murah, kos sara hidup murah, gi mana2 pun bule dpt pengisian rohani. bonus lagi, hidup bawah pimpinan org2 soleh. lagi la banyak barakahnya.

sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>