Hakikat sebuah kehidupan

Malam tadi, waktu sedang menjamu selera dengan nasi, sambal udang dan buah durian, tiba-tiba suami saya berkata, “susah betul kan nak hidup kalau asyik takut dengan risiko?” Saya yang tengah sedap-sedap makan durian yang datang jauh dari kebun abah di Batu Pahat terkejut dengan isu yang tiba-tiba ditimbulkan tu. Hmm sedap semacam pulak durian ni time tengah mengandung. Padahal selalu je makan.

Saya tersenyum. Kalau sebut pasal risiko kehidupan mesti akan teringat pada Nurul Insyirah, classmate masa kat UIA. Dulu pun saya pernah tanyakan hal yang sama pada dia.

Lagikan nak gi ofis pun, kadang-kadang kita fikir-fikir juga hari ni nak lalu jalan yang mana? Sekarang kan banyak jalan alternatif untuk elak jam. Apatah lagi dalam hal-hal besar yang berlaku dalam kehidupan kita. ┬áSetiap langkah dalam hidup memerlukan ‘decision-making’, dan setiap keputusan yang dibuat ada risiko tersendiri.

Mesti kita pernah terfikir kenapa la nak kena susah-susah decide, kena susah-susah pilih. Kan senang kalau tak perlu pilih. Nak isi borang UPU pun kena susah-susah fikir dan buat pilihan, nak kahwin pun kena susah-susah fikir nak terima orang tu atau tidak, pastu kena susah-susah decide tarikh kahwin pulak. Berkenan kat kereta itu, ini, tapi nak beli ke tak? Pening..pening. Kang kalau dah pilih nanti tetibe tak suka macam mana? Tak sesuai macam mana? Haih susah betul!

Bak kata nurul, ‘itulah namanya kehidupan’. Yes, one very important lesson i learnt from her. Selama ni tak pernah perasan kan. Hidup ni memang penuh dengan ketidakpastian; uncertainty. Tapi kalau nak diikutkan risiko dan uncertainty tu, jawabnya tak kahwin-kahwin la kita semua, tak beranak pinak, tak sekolah, tak beli kereta, tak beli rumah, dan bermacam-macam ‘tak’ lagi. Kenapa? Sebab kahwin nanti takut suami atau isteri lari dengan orang lain ke, bercerai-berai ke, takut kecewa, kalau ada anak nanti suatu hari anak tak jaga kita baik-baik, nanti kena tipu la itu ini bla bla bla dan bla lagi.

So bila cerita tentang membuat pilihan ni, mesti tak dapat lari dari isu istikharah, dan juga isu qadha’ dan qadar. Yang ni kita cerita dalam bahagian akan datang pulak.

Hanya Allah dan akhirat sahaja yang pasti . Dalam ketidakpastian dalam hidup ni, kita tetap punya Tuhan yang Maha Mendengar, Allah Azza wajalla. So kepada Dia je la tempat kita bergantung harap. Dan hari akhirat juga adalah pasti sedangkan dunia ni sementara je. So, tak perlu la kot buang masa banyak sangat untuk buat pilihan di dunia, sedangkan akhirat itu lebih pasti dan memang sah-sah kita akan kembali ke sana.

Bila dah buat pilihan/ keputusan, tetibe turns out yang keputusan tu tak tepat, jangan putus harapan. Sebaliknya look back and reflect. Mesti ada kita tersilap pandang mana-mana. Ambil pengajaran dari kesilapan itu dan teruskan kehidupan. Jangan takut utk hidup!