Susahnya Mengawal Marah~!

Saat ni, mmg tgh rasa bengang. Rasa macam ada api keluar kot telinga. Mungkin jugak ada asap skali. Huh! Isunya mungkin x besar mana pun. Sasaran kemarahan? Nak cakap pun malu. Punca marah? Lagi la malu nk cakap. Tapi sy cuma manusia biasa! and today had been a not-so-good-day too! Not so good week actually. Health problems. Biasa la ibu mengandung. Haih~

Aiman la ni, buat mama marah. Tapi apa yg dia tahu. X mumayyiz lg. Nak tegur pun x faham, nak marah2 kat dia lagi la x berfaedah kot. Firstly, dia mungkin xfaham kenapa kita marah. Secondly, bila kita marah dia, dia plak yg akan rasa sgt upset. Not good, not good. Not a good thing to do to your son. Tapi rasa marah dlm dada ni, nak lps kat sape? Tgh rasa nak jerit ni. Kalu dpt marah somebody lg bes. Huh!

Sejak dulu, waktu mula2 jd ibu, bila rasa tensen atau geram atau upset kat aiman, sy akn pegi jauh2, kt bilik atau ruang yg xde org, mane2 la asalkan jauh dr aiman, pastu jerit kuat2. Pastu nak tendang pintu ke, nak ketuk meja kuat2 ke, time tu la. Jgn smpi jahanam harta benda sudah le. Bila dah puas ati, baru pegi smula kt aiman. Don’t get me wrong. Sesungguhnya menjaga anak sorg2 ni menuntut kesabaran yg sgt tinggi okeh. Tp kalu marah sket2, slalunya duduk diam2 je. Sejak 2 menjak Aiman dah besar ni, kalau dia tau dia buat sesuatu yg buat mama marah, nanti si kecik tu sendri akan datang dan cakap ‘sori mama’. Then sy akan peluk cium dia dan mood pun ok semula. But unfortunately today is just not one of those good days.

Saat telinga masih panas ni, usaha utk mengawal api kemarahan adlh sgt penting. Terbayang la syaitan dok sedap kipas2 nafsu marah ni supaya api kemarahan tu lg marak. So antara kewarasan akal dan nafsu marah kita ni, yg mana satu kita nak kasi menang? Siapa yg kita marah, dan kenapa kita marah adalah x penting, yg penting skrg, mengawal nafsu marah. Anger management.

Kalu tips yg diajar dlm Islam, bila rasa marah, amik wudhu’. Mandi pun ok jugak. Poinnya adlh utk kasi sejuk bdn kan. Kasi rasa lega. Tambahan plk di musim panas ni. Pastu kalu dah rs ok sket, bule la perform solat sunat 2 rakaat ke, solat taubat ke, istighfar byk2 ke. sbb kdg2 kita ni sedap2 je marah org, tanpa melihat kekurangan diri sendiri. So kalu kita rajin2 reflect baik buruk dan kelemahan diri kita ni, insya allah xde la nak suka ati je sembur2 org, marah2 org, benci org, kutuk2 org dan sbgnya.

Kalau saya plak, bila sy marah, rasa x sedap kalu terus nak amik wudhu’ sbb rs mcm x settle je. So slalunya sy akan duduk diam2, kalu bule menyendiri, sambil mengadap komputer atau henset. Termenung menghadap skrin kosong pun jadi dah. Sort out things in my head. Bila dah rs sejuk, tarik nafas dalam2 then lepaskan. Pastu baru nk mandi ke, solat ke, apa ke. Yang penting, kena kawal kemarahan tu jgn sampai naik ke kepala. Silap haribulan bule sakit kepala plak. Lg la x pasal2 nak menanggung sakit.

Penting juga nk beringat, kalu dah marah tu, jgn sampai kaki tangan naik ke badan org plak. especially kalu marah kat easy target mcm budak2 tu kan. Kesian dia sakit nanti. Pukul dlm keadaan marah ni mengundang lebih kerosakan berbanding pukul dalam keadaan tenang. Yang layak kena pukul sekali, xpasal2 kena pukul berkali2, emosi org yg dipukul tu xyah cerita la, lagi sakit. So control la kaki dan tangan tu bila marah ye.

Nak cerita comparison sket. Saya bagi satu situasi, kejadian sebenar yg berlaku 2 minggu lps:

Saya dan aiman tgh duduk kat anjung menikmati sarapan, roti cicah milo. That’s our favourite snack. Aiman ni riang sgt la plak. Terlanggar cawan milo yg stgh penuh. So sbg mama and satu2nya org dewasa yg ada kat umah masa tu, nak marah dia pastu puas marah baru amik kain lap ke, atau nak senyum je, tell myself utk REDHA, dan terus pegi amik kain lap?

On impulse musti sgt teruja nk marah2 aiman kan, kalu bule gigit2 dia, penyek2 dia lg bes..tapi lps tu mcm mana reaksi dia, mood dia?

What did i do at that moment? Lps dah puas ternganga tgk milo yg tumpah di lantai tu, sambil dok fikir penatnya nak tunduk mengelap dgn perut boyot dan milo yg melekit tu, las2 decide utk diam je and gi amik kain lap.

Lps siap lap tu mmg penat, sakitnya pinggang. Tapi at least aiman is still smiling, cheeky, happy, and x meragam. Siap ckp ‘sowi mama’ dgn muka yg sgt suwiit. Mmg cair mama dibuatnya! Terus mama peluk cium. Budak2 ni kalu kita marah2 dia, dia pun upset, pastu nanti dia meragam. Serba serbi x kena. Macam arini la. Mama pakaikan long sleeve shirt, dia dok marah2 kat sleeve tu. ape kes? tapi kalu instead of marah, kita senyum and ckp elok2 kat dia, dia akan terima dgn lebih baik kesalahan yg dia dah buat. bahkan siap minta maaf and behave lagi baik lg.

So, bila korg rasa marah, pandai2 la buat pilihan nak pilih nafsu marah atau nak bertindak waras sebagaimana selayaknya org dewasa yg matang bertindak okeh..all d best!

Adios!

Xpakai baju gara2 marah dgn lengan baju..ni mood dia dah baik..thanx to Kholah and Uncle Sap..mujo la ada korg..haih~