Best ke jadi mama?

Assalamualaikum,

Firstly nak convey sekalung tahniah kepada cik aini sbb dah selamat bersalinkan little cutie husna aqilah. Bes ye jadi mama. Semoga selamat menjalani pantang seadanya. Duduk rumah mak sendiri kan, okla tu.

Teringat pengalaman sendiri masa first jadi ‘mok’. For some people, being a mother is a very beautiful experience right from the beginning. Seronok hepi gumbira yang teramat the moment baby keluar, tak sabar-sabar nak pegang baby whatsoever. But for me, i’m just not one of the lucky ones. Start dari waktu dalam labour room, rasa resah gelisah, sebab takut. Maklumla tak pernah bersalin, waktu doktor datang cek opening serviks pun dah rasa sakit sampai rasa macam nak sepak je doktor tu. Ngahaha. Bila doktor datang cek lagi tapi serviks tak buka-buka jugak, akhirnya doktor suggest suruh operate sebab aiman dah distressed. Takut dia terberak dalam perut lagi susah. So suami saya pun setuju je, ‘buat je la apa yang terbaik doktor’. Suami saya waktu tu di pagi senin dengan baju opis dok labour room sbb datang hospital tu patutnya buat CTG kejap je. CTG ni nak cek contraction la dah sampai waktu nak bsalin ke tak dan cek heartbeat baby. So tengok-tengok midwife kata contraction dah kerap sangat ni. Dia siap kontek doktor.

So bila dah decide nak operate, maka bersiap-siap la tukar baju dan kena sorong masuk OT. Tak rasa seram pun sebab masa tu dah takleh fikir apa sebab tengah sakit. Bukan sakit nak meneran pun, tapi sakit sebab kena seluk dengan doktor. Huh! Tapi at the same time ada gak rasa lega sikit sebab tak perlu melalui keseraman bersalin normal. Huhuhu!

Lepas dah gedebak-gedebuk kena bedah, staf pun tolak masuk wad. Alhamdulillah tak ada rasa sakit pun kena operate. Boleh kata tak ada sakit langsung la! Tak tahu la berapa gelen painkiller diorang cucuk kat saya ni. Bila dah selamat settle down dalam wad, midwife datang bawa baby. First time tengok Aiman. Tapi tak ada rasa nak pegang pun sebab nak bergerak pun rasa takut. Masa tu fikir, rilek-rilek dulu, lepas ni memang aku sorang je yang kena jaga dia pun. Tengok muka dia, nampak sepasang mata yang terkebil-kebil pandang sana sini. Huhu kudus sungguh baby baru lahir ni. Suci murni. Muka sebijik arwah mak mertua saya.

Aiman fresh from oven

Masa kat hospital ok la, ada nurse tolong jaga Aiman. Nurse cuma bawa Aiman datang waktu nak menyusu je. Selebihnya kena kurung dalam nursery sebab kena duduk bawah lampu. Jaundis kan. Seminggu baru boleh balik rumah. And then the ‘horror’ began.

Balik rumah, nak cari port duduk pun susah. Abdomen kan sakit bekas operate. Nak sandar ke belakang tak boleh, nak batuk ketawa bersin sume sakit! Penat! Pastu nak baring susah, bila dah selamat baring, nak bangun pulak susah. Uuu tu baru horror part 1. Bila dah rasa ‘penderitaan’ fizikal macam tu, baru la faham penderitaan yang dialami oleh almarhumah mak mertua saya yang menghidap parkinson. Tengok kan dia, nak duduk pun bukan sebarang kerusi boleh duduk, tak selesa, pastu nak baring, nak bangun sume kena orang tolong. Mujur la arwah punya anak-anak lelaki ( dan perempuan) yang gagah.

Horror part 2 pula, mula-mula sampai rumah ok la Aiman tidur je, Baik je dia. Tepat jam 12 malam, waktu papa mama dan semua orang lain dah mengantuk, dia pulak yang bangun. Uwaaa!!! Nightmare!! Tak nak tidur, pastu menangis2 pulak, rasa panas kot duduk rumah ni tak ada aircond macam kat hospital. Mama rasa nak menangis dah, dengan badan yang masih sakit-sakit, aiman pulak bangun. Mujurlah ada papa Aiman. Tolong jaga sampai akhirnya Aiman tertidur pukul 4 pagi. Tapi berapa lama je papa boleh jaga Aiman sebab cuti papa pun dah habis. Lusa dah kena pergi opis lepas cuti seminggu. Bila akhirnya papa dah penat sangat-sangat nak berjaga, mama pula ambil alih. This went on for a week. Fuuhhhh horror!

Selepas selesai semua urusan kat sini, kitorang sume pun balik pantang kat Kota Bharu. Kat KB ni start la episod baru pulak. Mama on her own. Papa Aiman stay for a few days je pastu kena balik KL la kerja kan. Malam-malam adalah waktu yang sangat sukar sebab time tu la dia celik mata. Kalau senyap takpe jugak, ni menangis. Puas pujuk, puas dodoi tak nak tidur jugak. Memang down gila la saya waktu tu. Siang hari pulak asyik minta nk menyusu je. Tak kenyang-kenyang! Nak lagi time badan dah rasa penat sangat nak tidur. Masa tu mane la nak tahu yang some babies memang kuat sangat menyusu untuk membesar. In my family (yang rapat la yang pernah stay sekali, particularly my mum and her sisters), takde sape yang menyusukan anak sebab diorang sume takde susu. So breastfeeding adalah sangat asing bagi saya. Belajar sendiri je sume, thru readings, tanya orang, surf internet. Tak pernah tengok real life punye. antenatal course pun tak dapat pergi. So waktu tu memang rasa sangat tensen sebab rasa takde privasi langsung. Baru nk duduk lepak main cafe world ke, nak tidur ke, Aiman menangis mintak susu. Haduuu. At one point, saya rasa macam nak letak iklan depan rumah, “BABY FOR SALE, RM20,000 “. Seriously! It’s not funny you know sebab the stress was huge! Saya pernah jaga sume adik saya tapi tak pernah rasa stress sampai macam ni. Saya pernah terjumpa dalam forum, about new mommies yang share the same feeling, bahkan ada yang suicidal. Yeah, transition from single, to being a mommy ni memang perubahan yang sangat besar, jaga anak orang pun tak sama. Sebab awak tak perlu menyusukan dia, dan awak tak perlu jaga dia malam-malam. Bila baby menangis, awak sorang je yang kena handle sebab orang lain cuba handle pun tak diam jugak. Because you are his mother, and the baby wants you.

Dipendekkan cerita, kehidupan macam ni berterusan, sampailah cukup dua bulan pantang. Kalau nak tahu, the moment ktorang set foot balik rumah Kelana Jaya ni, habit Aiman pun terus berubah. Seolah-olah dia tahu, this is my home. Dan macam tau-tau je yang mama takde helper, so dia tak boleh menyusahkan mama. Tepat pukul 10 malam, dia pun minta nak menyusu, pastu tertidur terus dengan sendirinya sampai subuh. Siang hari pun takde meragam. Senang je nak jaga dia cuma tak boleh tinggal dia sorang sebab dia tak suka kesunyian. Sampai lah sekarang umur dia dah 2 tahun dan makin independent.

Itu lah pengalaman pertama saya jadi ibu. Tak rasa manis sangat sebab i learn a lot of things the hard way. Bukan la bermakna tak sayang Aiman. Cuma rasa susah sangat waktu melalui saat-saat awal jadi ibu tu. Terasa betapa i have no freedom anymore. Nak tidur pun kena ikut time tidur baby, tak boleh dah nak tidur bila rasa mengantuk. Nak makan, nak buang air, kena tunggu dia tidur dulu. Nak masak kena tunggu papa Aiman balik dulu. Kalau balik lambat jawabnya tapau je la. Bila papa Aiman cuti baru la rasa rilek sikit.

Tapi Allah kan dah cakap, bersama kesusahan itu datang kesenangan. So, walaupun susah jaga sorang-sorang, tapi hasilnya adalah hubungan ibu dan anak yang sangat rapat. Aiman mudah dengar kata. Nak ajar dia apa-apa tak susah. He likes books, trains and cars. Umur setahun setengah alhamdulillah dah ingat numbers in 3 languages and ingat alphabets rumi dan jawi. Serentak dengan pandai jalan dan tumbuh gigi. Haha lambat bebenor jalannya.

I have to give credit to papa Aiman yang tak pernah lepas tangan jaga anak. Bila dia ada kat rumah, walau penat baru balik kerja pun, mesti akan ambil Aiman, mandikan dia, cucikan Aiman berak, bagi makan, minum, baca buku, main sama-sama. He always take part in anything to do with anak. Tak pernah lepas kat saya sorang handle sume. Alhamdulillah. Memang dari dulu saya nak suami yang boleh jadi papa macam papa saya yang tak kekok jaga anak.

I love my 2+1 boys..mmuahhh!!!

Hohoh dah penat menaip. Bila la Aiman nak bangun ni. Till next time. Adios!

On the way nk g fishing kt Sg Tekala, Hulu Langat

Di Blue Lagoon

Makan kat Subang Parade